KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 11 Oktober 2010

32 Kali Juara Lawan Tidak Pernah Juara

emel

Diatas kertas analisis dan sejarah skuad Kelantan amat sukar mengugat kehebatan Selangor yang gah di persada bolasepak Malaysia tetapi segalanya berubah pada persaingan TM Liga Super 2010 apabila Kelantan yang sentiasa menjadi skuad belasahan Selangor, kini sudah mampu memporak-peranda perancangan dan strategi Selangor kerana ketika saingan TM Liga Super pasukan Selangor hanya mampu seri dikedua-dua perlawanan. Malah Kelantan sudah diletakkan setanding dengan Selangor oleh pemerhati sukan tanahair. Kelantan pula masih menganggap skuadnya "budak baru belajar dan Underdog " bagi pertemuan esok.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa sendiri pernah memberitahu pada seluruh penyokong Kelantan yang hadir dalam satu majlis ketika diminta mengulas keputusan seri menentang Selangor pada saingan TM Liga Super. Beliau menjelaskan "Jika setahun hingga 3 tahun lalu kita sering tewas pada pasukan Selangor tetapi pada 2010 kita mampu seri 2 perlawanan dengan Selangor, ini membuktikan sebenarnya pasukan kita pasti boleh menang dengan Selangor pada tahun ini atau tahun-tahun akan datang. Saya mohon diizinkan Allah pasukan Kelantan berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia sekali lagi tahun ini. InsyaAllah The Red Warriors akan bawa piala Malaysia ini jelajah seluruh Kelantan tahun ini. Saya perlukan sokongan padu semua untuk menjayakan usaha ini dan yang paling penting usaha kudrat para pemain dan penyokong" Inilah antara harapan yang diberikan oleh seorang presiden yang begitu komited mencapai impian seluruh rakyat Kelantan. Sabtu lalu beliau memberitahu pada media beliau akan kekalkan skuad yang ada sekarang ketika bertemu Selangor nanti cuma akan pastikan peningkatan prestasi lebih baik dari apa yang ada. Beliau yakin Kelantan akan teruskan kemaraan ini.

Bagi ketua jurulatih ketika mengulas perlawanan menentang KL Plus sabtu lalu, Ulasan daripada komen beliau " Pasukan ini sudah bangkit dari tidur dan mimpi mereka, saya dapat rasakan aura kebangkitan mereka yang kini hampir 99%. Prestasi dan ledakan gol kembali menyinar dikalangan pemain, saya kagum dengan pemain yang sudah tidak mensia-siakan peluang di depan gawang. Jika sudah ditakdirkan Selangor lawan disuku akhir, saya dan pasukan terima dengan komited dengan perasaan merendah diri kerana kita lebih kerdil jika hendak dibandingkan dengan Selangor, namun saya yakin kita kecil seperti kecil-kecil cilipadi."

Seluruh penyokong Kelantan mula menyusun rancangan konvoi ke stadium Shah Alam. Kemeriahan ini ditambah lagi apabila perlawanan ini melibatkan sebuah pasukan yang sentiasa dianggap musuh tradisi. Fenomena alasan dek kerana demam bola ke suku akhir kembali menjadi topik di pejabat-pejabat seperti minta cuti, ponteng kerja, demam tiba-tiba, anak sakit, saudara sakit, keluarga sakit dan pelbagai lagi alasan yang diberikan bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang perlawanan malam esok. Apa yang pasti kemeriahan ini tiada pada penyokong pasukan-pasukan bolasepak negeri lain malah ada sesetengah masyarakat pelik dengan keghairahan penyokong Kelantan ini kerana kenapa orang Kelantan beriya-iya sangat sedangkan bolasepak Malaysia tidaklah meriah apabila membuka dan membaca didada akhbar.

Situasi di Shah Alam esok juga dijangka amat tegang kerana kefanatikan kedua-dua penyokong yang pasti akan memenuhi setiap ruang stadium. Harapan KAFA agar semua penyokong mematuhi undang-undang negara dan mengelakkan sebarang pergaduhan serta provokasi. Jom kita pakat repuh stadium shah alam esok................gomo kelate gomo

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular