KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 10 Oktober 2010

The Red Warriors belasah Hihgway Warriors

emel

Kelantan menepati ramalan untuk mengiringi Negeri Sembilan ke suku akhir apabila mudah membenam cabaran KL Plus dengan jaringan besar 4-0. Kelantan yang mebariskan pemain yang sama ketika membelasah PKNS, 4-0 tempoh hari tidak mengecewakan "lautan merah" yang membanjiri Satdium MBPJ, Petaling Jaya dengan aksi yang cukup menarik.


Kelantan seperti biasa melakukan serangan bertali arus sejak wisel sepak mula ditiup, dan Kelantan memperoleh gol pertama pada minit ke-24, apabila Badri Radzi yang menerima hantaran Norshahrul Idlan Talaha, merembat kencang gagal ditampan kemas Faizal Rashid di gawang PKNS untuk gol pendahuluan Kelantan.

Selepas mendapat gol pertama, Kelantan meneruskan serangan demi serangan namun tidak membuahkan hasil.. Namun, usaha keras pemain akhirnya membuahkan hasil apabila Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya melepasi perangkap offside dan kemudian memperdaya seoarang pemain pertahan KL plus, sebelum memperdaya penjaga gol KL PLUS untuk gol kedua Kelantan pada minit ke-35. Tidak puas dengan jaringan itu, berselang lima minit, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan Kelantan selesa di depan 3-0 apabila menjaringkan gol peribadi kedua hasil kekalutan di pintu gol KL PLUS pada minit ke-40.

Tamat separuh masa pertama, Kelantan selesa di depan dengan 3-0. Bermula separuh masa kedua, B Sathianathan mengekalkan kesebelasan utama yang beraksi cemerlang pada separuh masa pertama, dan pemain pertahahan tengah, Rizal Fahmi merembat kencang ke gol KL PLUS hasil tampanan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-67. Selepas itu, Kelantan terus menguasai perlawanan namun gagal menghasilkan gol.

Ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan membuat beberapa pertukaran selepas itu, dengan mengeluarkan Azizi Mat Rose, Akmal Rizal dan juga Badri Radzi bagi memasukkan S Subramaniam, Hairudin Omar dan juga Khairan Eroza. Walaupun melakukan 3 pertukaran, ia tidak merencatkan rentak permainan pasukan Kelantan. Kelantan terus melancarkan serangan melaui percubaan-percubaan Hairudin Omar, Norsharul Idlan, Indra dan juga Indra Putra.

Secara keseluruhan, semua pemain Kelantan mempamerkan aksi terbaik. Khairul Fahmi di gawang gol beraksi cemerlang dan tidak melakukan kesilapan. Begitu juga barisan pertahanan yang begitu berdisiplin bertahan. Pemain tengah seperti Shakir beraksi cemerlang dimana beliau berjaya menyerap setiap serangan dari tengah memudahkan kerja Badri Radzi membantu bahagian serangan. Bahagian tengah Kelantan, Badri Radzi, Norfarhan dan Indra Putra mempamerkan aksi berprofil tinggi. Bahagian serangan yang diketuai Norshahrul Idalan Talaha & Akmal Rizal juga berada pada tahap terbaik. Pemain simpanan yang masuk menggantikan pemain utama juga berjaya mempamerkan aksi yang sama taraf dengan pemain utama. Percaturan B Sathianathan dilihat menjadi jika pemain mengikut setiap arahan yang diberikan. Tabik untuk B Sathianathan dan semua pasukan secara keseluruhannya.

Norshahrul Idlan Talaha dipilih sebagai pemain terbaik, dengan dua gol berjaya dihasilkan sambil membantu pemain lain menghasilkan gol. Untuk peringkat suku akhir, Kelantan akan bertemu Selangor di Shah Alam pada 12hb untuk perlawanan pertama suku akhir. Selamat Maju Jaya. Gomo Kelate Gomo.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular