Sama Hebat, Sama Berpeluang | ||
|
Persaingan sengit Kelantan dan Kedah malam tadi berkesudahan dengan seri tanpa jaringan. Kecederaan 3 pemain Kelantan Shakir, Azizi Mat Rose dan S Subramaniam dalam masa 12 minit perlawanan sudah cukup meresahkan para pemain dan penyokong ketika perlawanan masih berbaki 78 minit kerana tiada peluang lagi untuk Kelantan menukar pemain pada baki minit yang ada.
Kehilangan Shakir telah sedikit sebanyak merencatkan aksi hantaran kemas kepada barisan penyerang seperti yang dilihat pada perlawanan menentang Selangor. Shakir dilihat berfungsi sebagai perancang terbaik apabila tiap kali mendapat hantaran cantik daripada Azizi Mat Rose. Hantaran Shakir biasanya disambar kemas Indra dan Norfarhan lalu dibantu Akmal Rizal dan Mohd Badri untuk mencipta peluang tepat ke depan gol. Namun pada malam tadi semuanya tidak menjadi, pujian harus diberikan kepada ketua jurulatih B. Sathianathan yang berjaya mengubah strategi dengan baik dan memasukkan pemain yang masih mampu memporak-peranda kubu gol Kedah. Hasil penyudah sahaja yang masih tumpul menggegar jaring Kedah. Statistik perlawanan tadi, 55% perlawanan dikuasai Kelantan dengan 6 percubaan pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua menyaksikan perlawanan 75% dikuasai sepenuhnya pasukan Kelantan hanya peluang saja dilihat sering tersasar. Rata-rata para penyokong tidak berpuas hati dengan kendalian pengadil tadi yang dilihat gagal bertindak dengan baik ke atas beberapa insiden kekasaran. Prestasi Hairuddin tadi juga tidak menjadi, beliau dilihat keletihan sehingga sering terlepas bola hantaran yang di hantar oleh Daudsu dan Norfarhan. Kelantan terpaksa akur dengan keputusan malam tadi yang dilihat seperti adaptasi atau ulangan perlawanan suku akhir TM piala FA 2010, yang mana Kelantan seri 0-0 di Alor Star dan Seri 1-1 di Kota Bharu berkesudahan Kedah memaksa Kelantan terkeluar awal untuk ke saingan seterusnya melalui gol di tempat lawan. Para penyokong Kelantan tetap yakin pasukan ini akan mara ke perlawanan akhir dan mengharapkan stadium keramat bakal menghukum Kedah sabtu nanti. Keseronokan membelasah Selangor 3-0 di Kota Bharu masih lagi menjadi bual bicara di kedai kopi oleh para penyokong, dengan menggunakan hujah Selangor berjaya dibelasah tidak mustahil Kelantan mampu membelasah Kedah pula di Kota Bharu. Sambutan yang gilang-gemilang telah dirancang KAFA sebagai sambutan sekiranya mara ke perlawanan akhir nanti. Melalui tempahan tiket secara "online" yang sentiasa ada tempahan dalam tempoh 24 jam setiap hari sejak dilancarkan sabtu lalu, KAFA menjangkakan akan berlaku fonemena yang berbeza pada perlawanan sabtu nanti. KAFA akan menyediakan skrin layar untuk tontonan para penyokong yang gagal mendapatkan tiket. Perhatian juga pada semua penyokong, tiket perlawanan di Kota Bharu nanti akan mula dijual pada pagi hari sabtu jam 9.00 pagi, dengan ini tidak timbul tiket sudah habis melalui tempahan "online" kerana tempahan ini terhad pada jumlah yang tidak melebihi 1000 keping tiket. Hanya tempahan tiket kawasan terbuka sahaja tiada had yang ditetapkan. Tahniah dan Terima Kasih kepada penyokong Kelantan dan Kedah yang berjaya menunjukkan sikap sokongan yang baik tanpa sebarang provokasi daripada kedua-dua pihak. KAFA berasa kagum dan bangga dengan sikap kedua-dua penyokong yang bersalaman diantara satu sama lain apabila tamat perlawanan malam tadi. Ini satu permulaan yang baik bagi memulih kembali imej penyokong Kelantan. TAHNIAH SEMUA PENYOKONG YANG HADIR DI ALOR STAR. ANDALAH WIRA SEJATI RAKYAT KELANTAN. DARI KOTA BHARU KE ALOR STAR, JEMPUTLAH MAI PENYOKONG KEDAH SEMUA KE KOTA BHARU. INSYAALLAH KAMI AKAN PASTIKAN ANDA SELAMAT DAN AMAN TANPA PROVOKASI DAN INSIDEN DISINI NANTI. Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan