KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 29 Mac 2011

Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A

emel
Share5

Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/2010 di Stadium Majlisb_250_200_16777215_0_http___a3.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-ash4_188521_150547805004750_100001485957830_313203_4457193_n.jpg Bandaraya Petaling Jaya menunjukkan pasukan Harimau Muda berjaya menundukkan pasukan Kelantan dengan jaringan 4-1 dan pernah tewas dan seri beberapa lagi siri perlawanan persahabatan lalu.

Namun kekalahan ini hanyalah kekalahan kepada perlawanan ujian yang di lakukan oleh bekas ketua jurulatih B. Sathianathan terhadap kesemua anak buahnya pada ketika itu yang masih belum ada keserasian untuk diletakkan dalam kesebelasan utama selepas kehilangan tujuh pemain utama yang bersara dan berhijrah.

Perlawanan jumaat ini bakal menjadi tempat pemain-pemain skuad Harimau Muda mempamerkan kehebatan mereka untuk terpilih dalam skuad utama bagi saingan pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan. Ramai peminat bolasepak Malaysia memberi harapan kepada ketua jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee supaya menurunkan kesebelasan utama sebenar ketika melawan Kelantan nanti bagi menguji keupayaan sebenar barisan pemain-pemain muda ini.

b_250_200_16777215_0_http___a5.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_197575_151379054922226_100001503968645_302265_641439_n.jpgAksi Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zaharulnizam produk terbaru Kelantan yang kini beraksi untuk Harimau Muda A pasti menjadi tumpuan ramai penyokong Kelantan setelah berjaya membuktikan kehebatan mereka di perlawanan antarabangsa baru-baru ini. Syahrul Azwari anak kelahiran Tanah Merah Kelantan ini begitu cemerlang dalam setiap aksi perlawanan melibatkannya sehingga tersenarai antara pemain termuda dalam skuad Harimau Muda A pada usianya kini baru menjangkau 18 tahun. Rembatan cantik Wan Zaharulnizam ketika perlawanan menentang Pakistan tempohari masih menjadi ingatan penyokong-penyokong bolasepak Malaysia, malah ramai yang meramal pemain ini akan berdiri sebaris pemain-pemain utama Malaysia nanti.

Secara realistiknya, selepas 7 perlawanan dan beberapa perlawanan yang dilalui, skuad Harimau Muda A tidak harus di pandang mudah para pemain Kelantan kerana setiap kecuaian mengawal pemain Harimau Muda pasti mengundang huru-hara di kawasan gol. Izzaq Faris dan K Gurusamy jika tidak dikekang dengan baik sepanjang perlawanan mampu menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi yang juga rakan sepasukan mereka dalam skuad Malaysia.

Rizal Fahmi Rosid dan kesemua barisan pemain Kelantan yang sentiasa kekal dalam kesebelasan utama dengan prestasi kental di setiap penjuru diharap mampu bermain dengan b_250_200_16777215_0_http___a3.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-ash4_188879_155743044482272_100001397319092_307470_3174204_n.jpg baik jumaat ini. Kecergasan Nurul Azwan Roya, Piya, S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha taruhan utama Datuk M Karathu untuk merempuh kubu pertahanan Harimau Muda.

Mampukah sang kiijang merebahkan Sang harimau akan turut disiarkan secara langsung oleh Astro Arena pada jumaat 8.30 malam dan akan disaksikan seluruh peminat bolasepak tanahair. Perlawanan ini pasti menjadi tumpuan ramai penyokong Kelantan setelah kedudukan ditahta liga Super kian tergugat akibat tewas pada Pahang pertengahan bulan ini dan perlawanan liga Super terhenti kerana memberi laluan saingan Piala FA. Bagi pihak penyokong lawan yang lain pula, keputusan pasukan Kelantan seri atau kalah cukup menggembirakan mereka kerana bagi mereka keputusan ini dapat merencatkan kutipan mata Kelantan dan ego para penyokong Kelantan.

Namun bagi peminat The Red Warriors yakin Datuk M. Karathu sudah pasti ada rencah ramuan istimewa yang akan diadunkan untuk hidangan sang harimau. Strategi dan kombinasi baik di kalangan pemain semakin menjadi setelah mendapat suntikan semangat daripada kemenangan menundukkan Felda United minggu lalu. Kehadiran Tan Sri Annuar Musa bersama skuad dan penyokong The Red Warriors pada jumaat ini pasti bakal merubah semangat semua hadirin yang akan memenuhi segenap penjuru stadium nanti.

b_250_200_16777215_0_http___a3.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_199958_197104440312235_100000380416284_556514_8203872_n.jpgKata-kata motivasi sebelum perlawanan dan semasa perlawanan di bilik persalinan oleh Tan Sri Annuar Musa terbukti berjaya merubah situasi semasa perlawanan Kelantan. Teriakan padu "Gomo Kelate Gomo" sering menjadi pembakar semangat pemain sehingga ke tiupan wisel terakhir. Semangat pemain kedua belas sememangnya menjadi nadi para pemain untuk beraksi cemerlang biarpun kadang-kadang ada sesetengah pemain mempamerkan aksi menurun.

Hanya kemenangan sahaja yang mampu menjarakkan mata antara lima kelompok pasukan teratas yang bertarung sesama sendiri sabtu nanti. Untuk makluman perlawanan lain sabtu nanti menyaksikan Selangor bertemu Pahang, Perak bertemu Felda United dan Negeri Sembilan bertemu Terengganu. Keputusan Kelantan menentang Harimau Muda akan menjadi semangat dan modal kebangkitan pasukan-pasukan ini untuk memintas Kelantan. Jika Kelantan menang, semua pasukan harus akur pasukan Kelantan kekal ditahta liga, jika sebaliknya peluang masih ada untuk mereka merampas kedudukan ini.

Biarapapun harapan pasukan dan penyokong lawan impikan, kita penyokong setia Kelantan harus sentiasa berdiri teguh di belakang para pemain walauapapun keputusannya nanti. Biarpun di kalangan kita ada yang berbeda kelab penyokong, Sokong tetap sokong. Gomo tetap Gomo. Gomo Kelate Sokong tetap pada pasukan yang satu. Gomo Kelate Gomo. Sama-sama doakan kemenangan untuk The Red Warriors.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular