Kelantan Harus Berwaspada.
Pemain Kelantan perlu lebih berwaspada selepas ini jika mahu melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
The Red Warriors masih mempunyai peluang walau hanya mampu mencatat keputusan seri dengan Felda United dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA, semalam.
Mereka perlu menyalahkan diri sendiri selepas gagal mencari kelebihan walaupun menguasai hampir keseluruhan masa permainan.
Tambahan beraksi didepan puluhan ribu penyokong setia, pemain Kelantan terperangkap dengan serangan balas Felda United menyebabkan Sang Kijang gagal menang dengan keputusan selesa.
Baki 90 minit perlawanan suku akhir kedua menjadi taruhan kepada Kelantan sama ada mampu bangkit dari prestasi merudum atau akan tersingkir sekali lagi dari perebutan ke pentas final piala FA.
Sedikit sukar buat Red Warriors kerana mereka akan bermain sebagai pelawat di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV. Felda hanya memerlukan keputusan seri 0-0 untuk layak ke separuh akhir.
Perlawanan suku akhir kedua akan dilangsungkan di Kota Bharu, Sabtu ini setelah padang utama pasukan Felda tidak diluluskan untuk sebarang pertandingan anjuran FAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan