KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 1 Mac 2011

Ulat Tiket Kembali Berleluasa.


Gejala ulat tiket kembali bermaharajalela.

Jika tiga perlawanan sebelum ini gejala ulat tiket seolah-olah sudah dibanteras pihak berwajib, sekali lagi penyakit buruk untuk mendapatkan keuntungan secara mudah kembali berleluasa.

Ketika ramai penyokong setia datang awal semata-mata untuk beratur mendapatkan tiket, para ulat dengan mudah menawarkan tiket dengan harga RM30 sehingga RM45 sekeping.

Peliknya, kaunter masih belum dibuka tetapi para ulat sudah mempunyai tiket untuk dijual kepada para penyokong.

Tidak pasti dimana mereka mendapatkan bekalan tiket tersebut tetapi Kelatewaz News blog difahamkan kesemua tiket yang mereka jual adalah original.

Jika musim lalu riuh dengan jualan tiket palsu tetapi kini mereka kembali dengan tiket sah yang dikeluarkan untuk perlawanana Liga Super Kelantan.

Para peminat yang terdesak untuk mendapatkan tiket selain ingin cepat dan tidak perlu beratur panjang tanpa berfikir panjang terus membeli dengan ulat tiket ini.

Selepas ini, pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan kerjasama pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Hargai susah payah peminat yang beratur panjang untuk membeli tiket perlawanan dengan harga sebenar.

Secara tidak langsung ia dapat membanteras kegiatan yang mungkin menjatuhkan imej negeri bergelar Serambi Mekah selain tidak memburukkan nama KAFA selaku pihak yang bertanggungjawab menguruskan jualan tiket pasukan Red Warriors.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular