KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 10 Mac 2011

Pahang tingkatkan keselamatan


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) meningkatkan tahap keselamatan di Stadium Darul Makmur bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku semasa saingan Liga Super 2011 menentang Kelantan
pada 12 Mac ini.
Naib Presiden 1 PBNP, Datuk Omar Othman berkata, pihaknya mendapatkan kerjasama polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi menjaga keselamatan penonton serta pemain sepanjang perlawanan tersebut berlangsung.
“Kita tidak mengatakan akan berlaku kejadian yang tidak diingini disebabkan oleh mana-mana pihak. Ia cuma sebagai langkah berjaga-jaga.
“Perlawanan antara Pahang dengan Kelantan dijangka sengit dan bakal menarik ramai penyokong daripada kedua-dua pasukan,” katanya.
Tambah beliau lagi, pihak polis juga bersetuju menambah 100 anggota berbanding hanya 50 orang dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini manakala Rela akan menempatkan 130 petugas di sekitar Stadium Darul Makmur.
Ujar Omar lagi, kemasukan penyokong secara berasingan melalui empat pintu di stadium tersebut juga akan dipantau bagi mengelak berlaku pertembungan atau pergaduhan.
“Pihak keselamatan juga akan memeriksa semua penyokong bagi memastikan bahan larangan seperti letupan dan mercun tidak dibawa masuk ke stadium.
“Kami meminta penyokong kedua-dua pasukan tidak membuat perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak dalam memastikan keselamatan bersama,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular