KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 29 Mac 2011

Persamaan Antara Kelantan, Wales Dan England



Seperti diduga pertemuan antara England menentang Wales dalam kumpulan G kelayakan Euro 2012 semalam menyaksikan England menang mudah dengan Wales 2-0 jaringan Frank Lampard menerusi sepakan penalti pada minit ke 7 dan Darren Bent pada minit 14.

Formasi yang dipamerkan England menunjukkan ada keserasian dan peningkatan yang baik untuk b_250_200_16777215_0_https___www.evangelistasports.com_images_P_jersey_umbro_england_2009.jpgmeledak di arena bolasepak Euro pada tahun depan. Wales sebuah pasukan daripada negara kecil mampu memberi saingan sengit menerusi pemain tersohor mereka iaitu Aaron Ramsey dan Craig Bellamy.

Namun bukanlah keputusan England dan Wales yang ingin dikupas disini tetapi berkaitan penaja UMBRO yang menaja pasukan England, Wales dan Kelantan. Jersi ketiga-tiga pasukan terpapar megah logo UMBRO di dada para pemain dan menjadi kebanggaan penyokong pasukan masing-masing.

Isu jersi UMBRO Kelantan yang masih belum diserahkan kepada peminat sejak januari lalu sedikit mencacatkan imej besar UMBRO yang kini di pandang lemah oleh penyokong Kelantan kerana kelemahan dalam penghantaran jersi kepada KAFA dan peminat The Red Warriors.

b_250_200_16777215_0_http___www.football-wallpapers.com_wallpapers2_england_3_1280x1024.jpg b_250_200_16777215_0___images_stories_02.jpg b_250_200_16777215_0_http___image.ohozaa.com_ip_dsc_2470.jpg

b_250_200_16777215_0_http___www.soccerjerseys4sale.com_upload_Manchester-City-Home_Umbro-10-11-Manchester-City-Home-Soccer-Jersey.jpgKelemahan ini hanya berpunca daripada kelemahan UMBRO yang menguruskan jersi Kelantan sahaja dan tidak melibatkan produk itu di negara lain.

Selain England, Wales, UMBRO juga sebagai penaja utama kelab-kelab di eropah, asia dan timur tengah seperti Manchester City, Sunderland (England), Santos (Brazil), Gamba Osaka (Jepun), FC Dynamo Moscow (Russia), Bangkok Glass FC (Thailand) dan banyak lagi kelab-kelab lain.

Kini penyokong Kelantan boleh berdiri bangga sebaris penyokong pasukan-pasukan lain di bawah jenama UMBRO. Oleh itu, penyokong Kelantan berharap pengurusan UMBRO lebih serius mengeluarkan produknya selain jersi untuk pasukan Kelantan agar peluang perniagaan yang meriah di Kelantan di manfaatkan sebaik mungkin antara KAFA dan UMBRO meskipun Liga Super sudah hampir menghabiskan pusingan pertama april ini, isu jersi Kelantan masih belum selesai.

Harapan semua pihak dapat menangani masalah ini sebaik mungkin demi menjaga imej bolasepak Kelantan dan jenama UMBRO sekaligus dapat menyelesaikan isu ini. Terima kasih kepada semua penyokong Kelantan yang banyak bersabar dalam isu ini. Sekali lagi KAFA memohon maaf di atas segala masalah yang berlaku.

Info kenali UMBRO:

UMBRO Limited , sebuah anak syarikat dari NIKE, Inc, adalah jenama bola sepak yang berasal dari Manchester syarikat berlandaskan produk pakaian sukan dan keluaran peralatan sukan. Kit pasukan bolasepak pertama keluaran UMBRO adalah dibuat untuk Manchester City pada tahun 1934, dengan kit ini Manchester City memenangi Piala FA. Pada hari ini, syarikat ini menggabungkan warisan produk jahitan dalam sukan dengan menyesuaikan setiap rekaan menggabungkan bola sepak moden dengan mencipta produk yang sesuai dalam arena bolasepak seperti pakaian, produk kasut dan peralatan sukan gabungan rekaan untuk prestasi dan gaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular