KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 3 Mac 2011

Kelantan bangga tumbangkan NS

KOTA BHARU - Kejayaan Red Warriors menumbangkan pasukan yang dibarisi pemain bertaraf bintang, Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin, menggembirakan ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu.

Karathu memuji barisan pemainnya yang telah mempamerkan kebangkitan dan menunjukkan disiplin tinggi, terutama barisan pertahanan sehingga berjaya mematahkan setiap serangan lawan.

Menurutnya, Kelantan kini mempunyai sasaran lebih jelas, iaitu mahu terus mencipta kemenangan untuk kekal selesa di puncak liga.

"Kita dapat lihat pemain berjaya melakukannya pada perlawanan malam tadi (kelmarin).

"Sasaran kami untuk meningkat pada setiap perlawanan dan menjadi pasukan yang sangat kompetitif. Biarpun pasukan Negeri Sembilan mempunyai ramai pemain berkaliber namun, kita berjaya melakukannya dengan baik.


"Pujian juga harus diberikan kepada kesemua pemain terutama di bahagian pertahanan yang cukup disiplin. Mereka bekerja dan terus bekerja selain bantuan yang diberikan oleh pemain lain dalam mengekang asakan pasukan lawan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bekas jurulatih Perak itu mengakui aksi pantas pada separuh masa pertama, memberi tekanan kepada barisan pemainnya selepas kedua-dua pasukan berbalas serangan.

Menyedari tekanan tersebut, beliau membuat percaturan berani dengan menggunakan khidmat dua pemain lincah iaitu Nurul Azuwan Roya dan S. Chanturu, untuk mencipta gerakan ke kubu lawan.

"Separuh masa pertama, kita cuba bawa masuk bola melalui kawasan tengah dan itu menyebabkan kita kerap kehilangan bola kerana Negeri Sembilan memiliki pemain yang cukup baik, kemudian kita menyerang menggunakan pemain sayap dan nampaknya ia berhasil," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular