KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 18 Mac 2011

Timbul Banyak Kekeliruan.





Kemelut jersi The Red Warriors 2011 semakin meruncing apabila timbul pelbagai cerita tidak enak diantara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan pihak penaja, UMBRO.

Perkara ini disuarakan oleh sumber terdekat kelatebola selepas pihak Umbro sendiri dikatakan menjadi dalang mengapa jersi Kelantan 2011 belum dikeluarkan untuk pasaran.

Menurut sumber itu lagi, design jersi juga bukan dari pihak Umbro seperti yang dijanjikan kepada KAFA. Dikatakan jersi yang digunakan Kelantan ketika ini meniru design jersi sebuah kelab dari Thailand.

Jika betul dakwaan dari sumber tersebut, maka jersi yang dikatakan ciptaan khas secara ekslusif Umbro kepada pasukan Kelantan adalah tidak benar sama sekali.

Selain itu, menjadi persoalan ketika ini ialah mengapa barangan tiruan termasuk jersi yang dijual secara bebas pada setiap perlawanan dilihat sama kualiti dengan barangan pihak Umbro.

Adakah terdapat unsur penipuan sehinggakan jersi yang sepatutnya sudah lama diedarkan kepada peminat setia Kelantan tidak dapat dikeluarkan sehingga kini.

Menurut wakil KAFA yang ditemui, mereka juga tidak pasti mengapa jersi keluaran Umbro masih belum sampai kepada mereka.

Malah, KAFA juga bingung dengan tindakan tidak profesional dari Umbro yang dilihat memberi pelbagai alasan bila ditanya akan tarikh penyerahan jersi yang telah ditempah.

Jika perkara ini terus menerus membelenggu, sampai bilakah penyokong The Red warriors dapat merasai memakai jersi original keluaran Umbro selaku salah satu penaja utama pasukan Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular