KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 1 Mac 2011

Kelantan mln Negeri Sembilan


Permusuhan Kelantan dan Negeri Sembilan diteruskan lagi dalam saingan Liga Super 2011 dimana kedua-dua pasukan akan bertembung sesama mereka di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam ini.

Dua jagoan tanahair, dua pemegang kejuaraan Piala 2010, dua musuh tradisi bakal menggegarkan arena sukan bola sepak Malaysia di sebuah negeri yang kembali masyur selepas lama pudar ditelan dek masa di Pantai Timur.

Siapa sangka, pertembungan yang paling dinanti-nantikan bakal menjengah lebih awal daripada jangkaan ramai pihak.

Bezanya, jika pada tahun lepas, Kelantan menjadi pasukan yang menghimpunkan barisan bintang dalam skuad utama tetapi kini Negeri Sembilan pula tampil sama dengan merekrut beberapa nama besar kedalam skuad utama mereka.

Laluan penuh berliku dalam lima perlawanan sudah dilepasi Red Warriors meletakkan mereka sebagai pendahulu buat kali pertama dalam sejarah tertinggi liga paling utama di Malaysia manakala Sang Hobin pula tersungkur rebah dua perlawanan sebelum kembali mengutip mata penuh untuk berada di kedudukan ketiga setakat ini.

Klasiknya pertembungan ini adalah disebabkan rekod-rekod yang dicatatkan kedua-dua pasukan sehingga mewarnai kancah liga kita sepanjang tiga tahun terakhir.

Selain itu, Negeri Sembilan turut tampil salah sebuah pasukan yang konsisten bila turun menentang Kelantan dalam semua kejohanan yang disertai mereka.

Rekod pertemuan dua pasukan ini sudah membuktikan bahawa Sang Kijang dan Jang benar-benar pasukan yang mampu mencorakkan hala tuju bola sepak kita kearah yang lebih bermutu dan bergaya.

Untuk catatan, sepanjang kejohanan Liga Super 2010, Kelantan unggul dalam dua perlawanan Liga Super apabila membenam lawan dengan mudah sama ada di Kota Bharu atau di Paroi. Manakala dalam kancah Piala Malaysia, peringkat kumpulan berpihak pada Negeri Sembilan namun di pentas akhir, Kelantan bangkit pada babak kedua untuk menjuarai satu piala utama dalam 89 tahun penyertaan

Wan Jamak sebenarnya berada dalam situasi tertekan kerana desakan para peminat untuk melihat aksi berkarat pemain mereka terhapus dengan nota kemenangan di Kota Bharu. Para penyokong Negeri Sembilan berang dengan gaya Wan Jamak setelah kemenangan dua perlawanan awal tidak memberi makna besar selepas kecundang dua perlawanan selepas itu. Mujurlah tiga mata dikutip keatas Sabah hasil jaringan pada saat akhir membolehkan mereka ceria sebentar.

Justeru itu, perlawanan di stadium keramat, stadium kebanggaan para Tentera Merah sejak dari zaman kegemilangan Dali, Hashim dan kini Piya serta rakan-rakan bakal bergema dengan sorakan gemuruh para penyokong yang mahukan aksi terbaik dari kedua-dua pasukan bertanding.
Formasi

Kelantan

Berdasarkan pemerhatian RedsFC-News dalam sesi latihan terakhir Kelantan petang tadi, ketua jurulatih, Datuk M. Karathu dijangkakan mengekalkan corak perlawanan seperti mana lima perlawanan sebelum ini dimana taktikal 4-4-2 sekali lagi bakal digunakan untuk mencari tiga mata penting untuk terus kekal di persada kedudukan.

Negeri Sembilan

Melihat pada corak yang ditampilkan Negeri Sembilan dalam lima perlawanan setakat ini, taktikal seimbang bakal diterapkan dimana corak 4-4-2 terus digunakan. Pasukan kendalian Wan Jamak dilihat semakin serasi dengan taktikal ini selepas kehilangan beberapa nama yang mencorakkan pasukan mereka pada musim lalu menyebabkan pemain baru ketika ini tidak mampu menggalas tugas ekoran masih belum mencapai tahap persefahaman.
Kesebelasan Utama (Jangkaan RedsFC-News)

Kelantan


Bagi Kelantan, pertukaran penjaga gol tidak diperlukan ketika ini dimana harapan mengawal kubu terakhir pasukan terus digalas kapten Olimpik Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Shahrizan Ismail kekal di bangku simpanan dan tiada tanda bakal diturunkan dalam kesebelasan utama kecuali Khairul Fahmi mengalami kecederaan.

Posisi pertahanan dijangkakan ada sedikit perubahan selepas Zairul Fitree Ishak mengalami kecederaan pangkal paha memaksa pengendali Kelantan merehatkan pemain ini seminggu bagi memberi ruang buat Zairul memulihkan kecederaan sebelum bertandang ke Johor FC. Dijangka S. Subramaniam akan bermula di posisi permulaan mengantikan Zairul. Tiga tempat lagi pula kekal mengandingkan Daudsu, Rizal Fahmi dan Farisham Ismail manakala Aziz Ismail dijangka berada dalam senarai lapan belas pemain utama bersama dengan Wan Rohaimi Ismail.

Jentera tengah baru-baru ini dikritik hebat para peminat selepas prestasi hambar yang ditampilkan di Alor Setar. Walau membawa pulang satu mata berharga pada saat akhir, para peminat mahukan lebih daripada itu kerana mereka sedar bahawa Sang Kijang mampu mengutip tiga mata. Tetapi, jurulatih Kelantan menegaskan bahawa setakat ini, empat pemain di kawasan tengah mempamerkan prestasi baik dan mampu memberikan sesuatu kepada pasukan. Kapten pasukan, Badri Radzi akan berada di dalam skuad bersama dengan Azwan Roya, Shakir Shaari dan S. Chanturu. Solehin, Khairan dan Nidzad Ayub pula dijangka turut disenaraikan selaku pemain simpanan manakala Zulyusri, Wan Zaman dan Khairan Ezuan tersisih dari kesebelasan senarai pemain Kelantan

Kelibat Norshahrul dalam pasukan Kelantan sudah memberi impak besar dengan beberapa jaringan penyelamat. Satu gol di Kedah sudah membuktikan bahawa penyerang utama Kelantan dan Malaysia sudah melupakan insiden kegagalan menyempurnakan sepakan penalti di Kuala Terengganu. Rakan gandingan Norshahrul, Ramzul Zahini sudah diberi kata dua oleh pihak pengurusan agar menggunakan setiap peluang yang dimiliki. Mungkin sudah lama berehat menyebabkan aksi bekas penyerang utama Kijang dua tahun dahulu gugup bila berada didepan jaring lawan. Dua pemain ini terus digandingkan untuk merobek kubu pasukan lawan manakala Khalid Jamlus mungkin terpaksa berada di bangku simpanan buat kesekian kalinya kerana corak yang ditampilkan Karathu ketika ini tidak sesuai dengan penglibatan beliau dalam skuad Kijang.
Negeri Sembilan.


Situasi tidak menentu di kem Negeri Sembilan sejak kekalahan dua perlawanan sudah berakhir apabila mereka menang perlawanan terakhir, beberapa hari lalu.

Dijangkakan turut tiada perubahan besar-besaran akan dilakukan Wan Jamak keatas skuad bimbingan dimana posisi nombor satu akan diterajui penjaga gol utama mereka, Farizal Marlias dan posisi penjaga gol kedua akan menjadi rebutan antara Mohd Hanief serta Farizal Harun.

Kembalinya Aidil ke pangkuan pasukan utama pasti melegakan dimana pemain pertahanan kental tersebut dijangka akan bergandingan dengan Irwan Fadly Idrus, Shukor Adan serta Tengku Qayyum Ubaidillah. Kehilangan Rahman Zabul tidak ditangisi selepas penganti yang diambil turut menampilkan prestasi baik walau sedikit lalai dalam tiga perlawanan terakhir. Masih tidak dapat menggunakan Norhafiz kerana cedera berpanjangan, Qairul Anuar Roslani dan Mohd Alif kemungkinan tersenarai dalam senarai pemain simpanan.

Ketumpulan bahagian tengah tampak sudah diperbaiki Wan Jamak dimana semua pemain di posisi tersebut telah diberi amaran agar memberi aksi lebih baik pada setiap perlawanan yang bakal mereka hadapi. Dijangka, pemain veteran, Idris Karim akan mengetuai bahagian tengah untuk merencana gerakan membantu penyerang menjaringkan gol. Bantuan S. Kunalan diperlukan dimana pemain lincah yang bermain di bahagian sayap kanan tersebut terbukti mampu merancang gerakan cantik dengan hantaran menarik kedalam kubu pasukan lawan manakala dua tempat lagi menjadi saingan antara Shahruain Abu Samah, G Mahathevan serta Abdul Halim Zainal.

Pemain penyerang tidak perlu diperkenalkan lagi dimana Hairudin menjadi taruhan buat skuad Jang untuk merobek bekas pasukan yang diwakili pada tahun 2010. Hairudin menamatkan kemarau gol dengan jaringan tunggal menewaskan Sabah dan dia terus diberi harapan menjadi pemusnah walaupun mungkin bakal berdepan sorakan negatif dari penyokong yang memberi sokongan kepadanya sebelum ini. Rakan gandingannya diberi kepada Ahmad Fakri Saarani dan walaupun sudah menghadapi hampir tujuh perlawanan termasuklah bersama pasukan Malaysia, Fakri hanya mampu meletakkan nama selaku penjaring dalam satu perlawanan sahaja. Tetapi Negeri Sembilan mempunyai ramai pemain penyerang simpanan dengan Shafik Rahman, Firdaus Azizul serta Alif Shamsudin mungkin melakukan debut dalam skuad utama di Kota Bharu.
Kelantan

Melawan

Negeri Sembilan

Ramalan Perlawanan Kelatewaz
Kelantan 1-0Negeri Sembilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular