KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 12 Mac 2011


‘Layanan istimewa’ buat penggempur Pahang


TONGGAK pertahanan Kelantan, Mohd Farisham Ismail mahu memberikan ‘layanan istimewa’ kepada jentera serangan Pahang pada pertemuan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan esok.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata, sekiranya jentera serangan tuan rumah diberikan ruang untuk bergerak bebas, ia mampu memusnahkan rekod tanpa kalah Kelantan dalam enam perlawanan berturut-turut.

Menurutnya, jika tidak mahu berputih mata, barisan pertahanan Red Warriors harus merantai setiap pergerakan serangan tuan rumah yang diketuai bekas pemain Selangor R Surendran.

“Saya dan rakan sepasukan akan memberikan persembahan terbaik bagi memastikan pertahanan Kelantan tidak dibolosi.

“Kami akan menyekat kemaraan penjaring terbanyak Pahang Famirul Asyraf Sayuti. Tiga mata harus diraih jika kami mahu meneruskan cengkaman di tangga teratas Liga Super,” katanya.

Tambahnya, kemampuan lawan tidak boleh dipandang rendah selepas Pahang menewaskan juara Liga Perdana PNKS 3-1 pada perlawanan Piala FA Jumaat lalu.

“Pastinya Pahang akan turun bermati-matian untuk mengalahkan kami.

“Namun saya dan rakan-rakan sudah bersedia untuk perlawanan tersebut,” ujarnya.

Mengenai pertahanan Kelantan musim ini, Farisham berkata, benteng pertahanan pasukan itu tetap mantap walaupun kehilangan Azizi Mat Rose yang menyertai T-Team.

“Pada peringkat awal menang ada sedikit kelainan, namun setelah saingan liga bermula, benteng pertahanan kami semakin mantap selepas setiap perlawanan,” katanya. —


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular