KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 13 Mac 2011


Kelantan anggap pengajaran berguna


Kekalahan sulung Kelantan musim ini

SKUAD The Red Warriors bimbingan Datuk M Karathu menerima dengan hati terbuka kekalahan sulung mereka dalam saingan Liga Super musim ini selepas tewas 0-2 kepada Pahang di Kuantan malam tadi.

Keputusan itu sekalipun amat pahit namun menjadi pengajaran berguna kepada Kelantan untuk dijadikan panduan penting bagi menghadapi Felda United pada saingan suku akhir pertama Piala FA Selasa ini.

Pahang yang bermain pada prestasi terumbang-ambing sebelum ini, sebaliknya mempamerkan permainan baik untuk melebur rekod tanpa kalah Kelantan sepanjang enam perlawanan lalu.

Pada separuh masa pertama serangan kedua-dua pasukan agak seimbang. Percubaan Kelantan yang dilakukan Norshahrul, S Chanturu dan barisan tengah yang lain banyak tersasar. Namun pada minit ke 43 benteng Kelantan berjaya dibolosi oleh R Surendran untuk Pahang mendahului Kelantan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua Kelantan banyak melakukan serangan bertali arus ke gawang Pahang, namun nasib tidak menyebelahi Kelantan banyak percubaan Kelantan berjaya diselamatkan dan ditepis baik penjaga gol Pahang Mohd Rosfaizul Azuar.

Kelantan bermain baik tetapi sukar memperolehi penyudah yang bagus. Buat pertama kali Kelantan menurunkan Wan Rohaimi menggantikan Nurul Azwan Roya, sukar bagi pemain yang sudah lama direhatkan ini mempamerkan aksi terbaiknya apabila rentak permainannya dan pemain Kelantan lain kerap dihentikan akibat kecederaan pemain Pahang yang seperti sudah mula menggunakan taktik melengah-lengahkan masa.

Pertukaran lain Mohd Nizad Ayub dibawa masuk menggantikan Piya dan Danial Fadhly dibawa masuk menggantikan K Soley. Meskipun Kelantan melakukan banyak pertukaran, taktikal yang sering diamalkan Datuk M Karathu tampak tidak menjadi pada malam tadi.

Pada masa tambahan pemain Pahang Faizol Hussin berjaya menambah derita Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kedua Pahang. Keputusan Pahang 2-0 Kelantan kekal hingga tamat perlawanan.

Pasukan Kelantan masih kekal di tangga teratas liga berkongsi mata bersama Felda United dan Selangor yang masing-masing dibezakan dengan jumlah bolos dan jaringan. Hanya Perak yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan, namun Skuad Seladang kini jatuh ke tangga keempat liga.

Datuk M Karathu harus mengkaji kelemahan perlawanan ini yang menampakkan barisan pertahanan alpa di minit-minit akhir perlawanan.

Jaringan di penghujung masa perlawanan kerap berlaku pada perlawanan sebelum ini tetapi Kelantan kembali bangkit menyamakan kedudukan atau menang, namun semalam kebangkitan saat akhir Kelantan nampaknya sudah terlambat dan tidak membuahkan sebarang hasil.

Taktik bangkit pada separuh masa kedua yang sering dipraktikkan Kelantan sejak beberapa perlawanan lalu juga harus diubah. Rehat yang panjang saingan Liga Super nanti diharap mampu meneruskan penguasaan Kelantan bagi baki saingan Liga Super 2011.

Kelantan diibarat seperti arsenal kerana arsenal tewas keatas Man U awal pagi nie



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular