Sang Kijang Padam Kritikan.
Kelantan mengganas setelah dikritik hebat oleh peminat setia mereka sebelum ini.
Empat  gol yang dijaringkan sudah cukup untuk memuaskan hati hampir 15 000  penyokong setia Kelantan yang membanjiri stadium keramat mereka di Kota  Bharu, malam tadi.
Selepas  permulaan hambar, gaya taktikal dan corak permainan Kelantan mulai  berubah serta semakin meningkat dan memberikan pulangan berbaloi kepada  penyokong yang hadir.
Pemain  kelihatan bersemangat untuk memecahkan benteng yang dilakukan PKNS  setelah kelihatan pasukan pelawat hadir bagaikan mahu mencari satu mata.
Setiap  pemain yang diturunkan memberi aksi kemas malah berjaya memberi tekanan  kepada pemain pasukan pelawat untuk melakukan kesilapan demi kesilapan  mudah.
Lebih menonjol, permainan hebat Farisham Ismail di posisi pertahanan kanan mendapat pujian menggunung dari peminat yang hadir.
Selain  menjaringkan satu gol dan satu hantaran gol kepada Akmal, dia tampil  menyengat bersama Rizal Fahmi dan Azizi untuk mempertahankan kubu  pasukan dari dicerobohi.
Oleh  itu, kejayaan besar ini diharapkan menjadi pendorong kepada semua  pemain agar sentiasa memberikan aksi terbaik seperti ditonjolkan pada  perlawanan malam tadi.
Cuma  masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diambil perhatian kerana  mungkin perkara ini akan memusnahkan impian Kelantan untuk ke suku  akhir.
Diharapkan  kelemahan yang ditunjukkan dapat diperbaiki pihak kejurulatihan sebelum  bertandang ke ibukota menentang skuad Highway Warriors pada hari Sabtu  ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan