KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 27 Oktober 2010

.
'Kami tidak gentar jumpa NS'


Sathia yang kini bebas tambah selera bantu cabaran Kelantan di final Sabtu ini

"KAMI tidak gentar bertemu Negeri Sembilan!" Itu laungan amaran ketua jurulatih, B Sathianathan menjelang pertemuan final Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.

“Saya mempunyai keyakinan tinggi ke atas pemain menamatkan permainan dalam tempoh 90 minit, tetapi dengan syarat mereka perlu bermain seperti biasa dan tidak gugup,” kata Sathia selepas sesi latihan di Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.
Dia menambah berdasarkan rekod perlawanan sebelum ini, keputusan lebih berpihak kepada Kelantan tetapi pada final semuanya bergantung kepada pasukan mana terlebih dulu menyesuaikan diri terutama dalam tempoh 10 minit pertama.

Andai semua berjalan lancar seperti dirancang, dia yakin sejarah baru bakal tercipta pada final nanti. Kelantan hampir mencatat sejarah ketika bertemu Negeri Sembilan tahun lalu, tetapi tewas 1-3 untuk sekadar muncul naib juara.

“Tahun ini kami lebih bersedia dan pemain juga sudah berpengalaman beraksi di final,” kata Sathia yang lega penggantungan ke atasnya ditarik balik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kelmarin.

“Penting untuk saya berkomunikasi secara terus dengan pemain ketika perlawanan, tidak perlu menggunakan walkie-talkie,” kata Sathia. “Saya harap rayuan saya kepada FAM membatalkan penggantungan itu juga diterima.”
Pada aksi separuh akhir kedua bertemu Kedah di Kota Bharu Sabtu lalu, Sathia terpaksa memerhati dari bangku penonton apabila FAM memutuskan hukuman gantung enam bulan kerana mengkritik badan induk itu. Kini, Jawatankuasa Rayuan yang dipengerusikan K Kanagarajah akan membincangkan semula hukuman berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular