KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 26 Oktober 2010

Harga Tiket Naik 50%.




Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 diantara Kelantan dan Negeri Sembilan meningkat sebanyak 50%.

Kenaikan harga tiket ini diumumkan sendiri FAM menyebabkan ramai pihak terutamanya di kalangan penyokong Kelantan tidak berpuas hati dengan keputusan persatuan induk tersebut.

Menurut FAM, tiket perlawanan akan dinaikkan dari RM20 sekeping sebelum ini kepada RM30 sekeping.

Sepanjang sejarah perlawanan akhir, harga tiket tidak pernah mencecah lebih dari RM20 tetapi pada perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 30 Oktober nanti, FAM mengambil keputusan drastik dengan mengenakan harga yang tinggi.

Luahan kekecewaan disuarakan peminat Sang Kijang kerana FAM bagaikan mengambil kesempatan dengan keghairahan penyokong fanatik Kelantan untuk bertandang ke Stadium Bukit Jalil.

Bagi mereka, tindakan FAM ini seolah mencari lebih keuntungan ketika ribuan penyokong Red Warriors berkira-kira untuk hadir ke perlawanan tersebut.

Terdesak sangatkah FAM untuk mendapatkan sumber kewangan sehingga sanggup mengabaikan tuntutan sebenar untuk mengembalikan limpahan penyokong di stadium dalam setiap perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular