KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Sokong Biar Berhemah.

Jadikan layanan baik di Darul Aman sebagai balasan kepada penyokong Kedah ke Kota Bharu.




Kunjungan penyokong Kedah ke Kelantan untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia perlu disambut dengan tangan terbuka oleh peminat setia Red Warriors.

Dikhabarkan rakan penyokong dari negeri Jelapang Padi akan bertandang ke Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Bharu untuk menyaksikan sendiri pasukan kesayangan mereka beraksi.

Penyokong Kelantan diseru tidak menjadikan penyokong Kedah ini sebagai mangsa keadaan seandai berlaku keputusan sebaliknya dalam perlawanan malam nanti.

Sokongan yang diberikan kepada skuad Kijang biarlah berakhir diatas padang dan tidak merebak sehingga keluar dari stadium.

Rakan pengunjung kita ini sepatutnya diberikan layanan istimewa selain dihargai seperti mana layanan mereka kepada penyokong Kelantan yang hadir ke arena mereka beberapa hari lalu.

Untuk pengetahuan, kunjungan peminat Kelantan ke Stadium Darul Aman disambut baik penyokong Kedah dan mereka mengalukan kedatangan kita dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Diharapkan sambutan begini dapat diberikan kepada mereka demi kebaikan kedua-dua belah pihak.

Kita tidak mahu segelintir penyokong setia mengkhianati dan memalukan nama baik semua rakyat Kelantan yang mahukan perdamaian dalam segala perkara termasuklah sukan bola sepak.

Kebaikan penyokong lawan di arena mereka perlu dibalas dengan madu kerana kedatangan mereka ke Kota Bharu adalah untuk menyaksikan perlawanan bukan untuk bermusuhan.

Tidak perlu menunjukkan kefanatikan membabi buta sehingga mengabaikan tuntutan sebenar selaku orang yang beradab sopan terhadap semua tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.

Sokongan yang berhemah memberikan kepuasan berlipat kali ganda dari sokongan yang datang hanya untuk bergelak ketawa serta mencetuskan kekecohan tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Kita datang memberi sokongan bukan datang membawa hukuman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular