KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 10 Oktober 2010

Buku Bertemu Ruas

emel

Akhirnya, Kelantan berjaya menempatkan diri ke suku akhir. Namun, Kelantan memilih laluan berliku, apabila sekadar menjadi Naib Juara kumpulan A dan akan bertemu Juara kumpulan D, Selangor yang menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Selangor dilihat gah pada Piala Malaysia kali ini, namun AWAS! kebangkitan pasukan The Red Warriors di penghujung saingan peringkat kumpulan mampu mencalarkan rekod cemerlang Selangor.

Tanggal 12 October 2010, sudah pasti Stadium Shah Alam akan dibanjiri puluhan ribu penyokong Red Giants dan The Red Warriors yang pasti menjadi perlawanan tumpuan, "Clash of the Titans!". Selangor mungkin menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan berdasarkan rekod cemerlang menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan, namun kebangkitan Kelantan sudah pasti mampu meranapkan impian Selangor untuk meneruskan saingan. Kelantan yang dahagakan Piala Malaysia, sudah pasti bermain bermati-matian untuk menumbangkan keegoan Gergasi Merah.

Pasukan bimbingan B Sathianathan yang bergelar The Red Warriors yang juga jogaan Pantai Timur, sudah pasti menggunakan kesempatan ini untuk membuktikan kepada peminat setia keupayaan pasukan yang baru dibentuk. Bertemu Selangor di suku akhir ada "pro & contra". Bagi penulis, bertemu Selangor di awal saingan merupakan satu hikmah, dimana inilah peluang kita untuk merobohkan tembok keegoan pasukan Red Giants itu. Ini kerana, saingan peringkat suku akhir akan diadakan secara timbal balik, dan sudah pasti, selepas bermain di arena lawan, Stadium Shah Alam, perlawan kedua di stadium keramat, Stadium Sultan Muhammd Ke-Iv bakal menggerunkan pelawat untuk beraksi cemerlang. Di sini pentingnya pemain ke-12 iaitu penyokong setia The Red Warriors untuk menaikkan semangat pemain Kelantan dan menenggelamkan aksi pasukan lawan.

B Sathianathan dilihat tidak gentar bertemu Selangor, kerana bagi beliau apa yang penting, adalah prestasi pasukannya sendiri. Jika pasukan berada pada tahap prestasi terbaik, Kelantan akan berjaya mengalahkan setiap pasukan yang dihadapi. Percaturan B Sathianathan dilihat cukup berkesan jika berjaya diterjemahkan oleh pemain. Selamat Maju Jaya untuk B Sathianathan dan semua pemain The Red Warriors. Gomo kelate Gomo.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular