KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 25 Oktober 2010

Genap 40 Tahun Mengidam



Tahun 2010 merupakan tahun ke 40 Kelantan mengidam merangkul kejuaraan TM Piala Malaysia, sungguhpun tahun lepas Kelantan berpeluang memadam rekod keciciran piala berprestij ini tetapi nasib tidak menyebelahi Kelantan. Peluang kedua bertemu Negeri Sembilan, pasukan yang menewaskan Kelantan tahun lalu, dilihat "bagaikan orang mengantuk disorong bantal" dalam erti kata sebenar misi menebus kedukaan para penyokong.

Jika dikaji prestasi kedua-dua pasukan pada tahun ini, Kelantan memiliki kelebihan kerana pernah 2 kali menang dan 1 kali seri bertemu Negeri Sembilan daripada 4 perlawanan yang berlangsung di Kota Bharu dan Paroi. Kekalahan Kelantan di Kota Bharu pada 14/9/2010 raya ke 5 tempohari dalam perlawanan pertama TM Piala Malaysia dianggap tidak menggambarkan kehebatan sebenar Kelantan yang masih belum bersedia dan selepas perlawanan ketiga piala Malaysia, barulah Kelantan bangkit dari permainan hambar. Ketika TM Liga Super pasukan Negeri Sembilan berjaya ditewaskan pada kedua-dua pusingan liga.

STASTISTIK PERLAWANAN KELANTAN – NEGERI SEMBILAN 2010

TARIKH

PIALA

TUAN RUMAH

GOL

GOL

PELAWAT

STADIUM

17/4/10

TM Liga Super

NEGERI SEMBILAN

1

3

KELANTAN

Paroi

6/7/10

TM Liga Super

KELANTAN

1

0

NEGERI SEMBILAN

Kota Bharu

14/9/10

Piala Malaysia

KELANTAN

0

1

NEGERI SEMBILAN

Kota Bharu

3/10/10

Piala Malaysia

NEGERI SEMBILAN

2

2

KELANTAN

Paroi

REKOD PERTEMUAN KELANTAN – NEGERI SEMBILAN

PASUKAN

MENANG

SERI

KALAH

GOL

BOLOS

KELANTAN

2

1

1

6

4

NEGERI SEMBILAN

1

1

2

4

6

Nuffnang Ads
Namun ianya hanyalah rekod yang telah berlalu, perlawanan sabtu ini bakal menentu pencapaian sebenar The Red Warriors yang kehilangan ketua jurulatih mereka yang digantung dan Norshahrul serta Khairul Fahmi yang diserap dalam latihan pasukan kebangsaan di China. Harapan yang tinggi masih diletakkan kepada 2 pemain ini supaya dilepaskan oleh K Rajagobal pada perlawanan akhir nanti. Prestasi berada di kemuncak kejayaan ini bakal memberi tekanan lebih berat kepada jentera utama The Red Warriors yang masih dibelenggu kecederaan. Ruang rehat seminggu ini akan digunakan sepenuhnya bagi memperbaiki segala kelemahan dan memulihkan kecederaan para pemain utama seperti Azizi Mat Rose, Akmal Rizal, S Subramaniam dan beberapa lagi pemain yang kini hampir disahkan pulih oleh pegawai fisioterapi.

Untuk mengelak kekeliruan para penyokong B. Sathinathan masih lagi berpeluang melatih pasukan Kelantan seperti biasa, cuma tidak dibenarkan duduk berhampiran padang sewaktu perlawanan berlangsung. Hukuman yang diberikan ini seolah-olah cuba membalas dendam dalam episod kritikan beliau pada FAM ketika perebutan tahta TM liga Super lalu.

Pasukan Negeri Sembilan diakui memiliki barisan pemain pandai berlakon teramai di Malaysia. Lihat sahaja aksi lakonan merebahkan badan pemain Negeri Sembilan apabila setiap kali bertemu Kelantan atau pasukan lain. Pada kebiasaan pengadil akan memihak pada pemain yang pandai berlakon ini. 90 minit perlawanan akan dihidangkan dengan aksi jatuh dan melambatkan permainan oleh pemain Negeri Sembilan. Ini mungkin taktikal Wan Jamak bagi memberi tekanan kepada pemain The Red Warriors. Pada sabtu lepas Johor FC adalah mangsa terakhir Negeri Sembilan sebelum melangkah riang ke perlawanan akhir sabtu depan.

Jika dalam saingan TM Piala Malaysia, kedua-dua pasukan ini merebut kedudukan juara dan naib juara kumpulan A , sabtu ini kedua-dua pasukan akan bertarung habis-habisan bagi menentukan hak milik piala Malaysia 2010.

Secara kebetulan, pada tahun lepas Negeri Sembilan menghadiahkan kemenangan TM Piala Malaysia sempena pertabalan Yang Dipertua Negeri yang baru dan pada tahun 2010 ini pula adakah mampu Kelantan menghadiahkan kemenangan sempena pertabalan Sultan Kelantan yang baru ini. Sama-sama kita nantikan pasukan manakah yang akan memenangi perlawanan ini.

Ramai pengkritik sukan meramalkan Kelantan akan menang, bagi mereka kemenangan ini akan lebih bermakna kepada para penyokong Kelantan kerana bagi pengkritik sukan, Kelantan telah berjaya dalam segala sudut pengkomersilan bolasepak, pencapaian pengurusan dan tarikan sokongan para penyokong, sekiranya ditakdirkan berjaya ianya sebagai cagaran penting Tan Sri Annuar dalam membuktikan pengurusan The Red Warriors boleh dijadikan ikutan semua pasukan di Malaysia. Pasukan yang dinobatkan gergasi bolasepak Malaysia pun tidak pernah berjaya mengeluarkan produk jenama sendiri sehingga mendapat sambutan hangat jutaan penyokong setia Kelantan, selain memiliki kafe dan stesen radio sendiri yang disahkan stesen radio pasukan bolasepak pertama di Malaysia.

Pertemuan sabtu nanti tidak akan bermakna tanpa diiringi doa seluruh peminat bolasepak Kelantan. Pastikan diri anda antara penyokong yang membanjiri stadium terbesar negara. Laungan padu Gomo Kelate Gomo bakal menggegarkan suasana stadium yang sering kali sunyi sepi daripada teriakan peminat fanatik seperti Kelantan. Tahniah semua!....Jumpa sabtu nanti..

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular