"Boleh Jamin Tak Keselamatan Kami Di Kota Bharu" Penyokong Hijau Kuning | ||
|
KAFA menerima banyak pertanyaan daripada pemimpin kelab penyokong hijau kuning yang meminta jaminan KAFA memastikan mereka dapat ke Kota Bharu menyaksikan perlawanan separuh akhir TM Piala Malaysia 2010 sabtu nanti. Para penyokong Kedah sendiri mengakui sudah lama mereka mengimpikan untuk bertandang ke stadium keramat Kelantan, stadium Sultan Muhammad ke-4 yang dikatakan cukup menyeramkan bagi para penyokong lain memasukinya.
Jika disaksikan sikap penyokong Kedah pada malam tadi, KAFA dan seluruh penyokong Kelantan mengalu-alukan kehadiran mereka di stadium Sultan Muhammad ke 4 sabtu ini. Sekiranya para penyokong Kedah yakin dengan jaminan dan jemputan ikhlas seluruh rakyat Kelantan ini, ianya bakal membuka lembaran baru dunia bolasepak Malaysia. Sekurang-kurangnya dapat membuka mata pihak media yang sering memburukkan para penyokong Kelantan sehinggakan stadium Kota Bahru ini dianggap gelanggang maut bagi para penyokong negeri lain untuk berkunjung.
23 Oktober bakal tercatat dalam sejarah bolasepak Malaysia setelah 10 tahun stadium ini begitu digeruni penyokong lawan, malah KAFA menyeru para penyokong Kelantan menghormati kehadiran penyokong Kedah nanti. Inilah masanya para penyokong Kelantan membalas sambutan baik penyokong Kedah di Alor Star malam tadi.
Keyakinan dan peluang kedua-dua pasukan masih lagi terbuka. Dengan semangat kesukanan yang ada di kalangan penyokong kedua-dua pasukan, perlawanan sabtu ini bakal menyaksikan kemenangan salah satu pasukan nanti akan diraikan bersama. Selain sessi bergambar bersama yang diatur kelab-kelab penyokong.
Jemputlah datang seluruh rakyat Kedah, kami sedia menyerah tiket kepada penyokong Kedah yang sudi hadir ke gelanggang keramat kami. Gelanggang inilah juga yang pernah mengecewakan kami dikaki pemain Kedah dan pasukan Kedah tercatat satu-satunya pasukan yang berjaya menumbang Kelantan. Inilah realiti bolasepak. Mailah... kita bersatu dan berbaik demi semangat kesukanan Malaysia.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan