Kekalkan tahap disiplin: Sathia
KEJAYAAN pasukan The Red Warriors mengikat Kedah, 0-0 di Stadium Darul Aman semalam, disifatkan adil oleh pengendali Kelantan B Sathianathan kerana kedua-dua pasukan turun tanpa tonggak utama.
Kedah kehilangan Khairul Helmi Johari dan Sabre Abu dan Kelantan tempang tanpa Norshahrul Idlan Talaha yang masing-masing digantung permainan.
Menurut Sathia , Kelantan bermain baik sepanjang perlawanan namun gagal menterjemahkan dalam bentuk jaringan.
“Kami bermain baik sepanjang permainan, mencipta banyak peluang namun gagal disudahkan dalam bentuk jaringan.
“Pemain saya menunjukkan kesungguhan dan mengekalkan disiplin yang begitu tinggi,” katanya.
Sambil menyifatkan peluang pasukannya masih ada di Kota Bharu nanti, Sathia tetap merendah diri dan menyifatkan Kedah bukan calang-calang pasukan.
“Kedah pernah menewaskan kita di Kota Bharu, namun saya tetap berkeyakinan, peluang untuk ke final tetap ada.
“Yang penting, pemain mengekalkan tahap disiplin yang menjadi asas kejayaan pasukan Kelantan,” katanya.
Kelantan pasti bersedia menanti kunjungan balas Kenari pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, Sabtu ini.
LESEN
Jumaat, 22 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan