KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 12 Oktober 2010

Kenapa Harga Tiket Di Kota Bharu Naik RM15?

Presiden KAFA YBHG. Tan Sri Annuar Musa ketika dihubungi untuk meminta penjelasan beliau berkaitan kenaikan harga tiket ini, beliau merayu para penyokong memahami situasi yang cuba dikongsikan KAFA bersama peminat ini. Berikut adalah sebab dan alasan utama diberikan Tan Sri Annuar Musa;

* KAFA telah memberi bonus RM80,000 kepada pasukan kerana berjaya layak ke suku akhir
* Sewa stadium dijangka naik kepada RM70,000 dan disahkan antara termahal di Malaysia.
* KAFA menambahkan kos untuk mendapatkan lebih 4 kali ganda daripada biasa khidmat anggota rela, polis dan pegawai bagi mengawal keadaan yang dijangka akan lebih tegang pada perlawanan di Kota Bharu nanti.
* KAFA akan memasang 2 skrin layar besar diluar stadium bagi memberi peluang pada penyokong yang tidak dapat masuk ke stadium
* Kos operasi KAFA juga meningkat kerana para pemain dan pegawai KAFA terpaksa berkampung di Kuala Lumpur sejak perlawanan KL Plus lalu, selain KAFA meletakkan lagi bonus sekiranya pemain berjaya ke separuh akhir dan akhir piala Malaysia

Oleh itu, Presiden KAFA berharap seluruh penyokong faham segala masalah yang dihadapi KAFA ini dan berharap dengan penjelasan ini akan meredakan kemarahan penyokong Kelantan yang marah dengan kenaikan ini. Ini bermakna setiap sen yang dibelanjakan adalah untuk meningkatkan mutu dan kualiti para pemain dan menjadikan bonus sebagai motivasi supaya mereka lebih cemerlang dalam pertarungan yang ditempuhi mereka nanti. Penjelasan ini mungkin tidak akan menyelesaikan kemusykilan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang sering memburukkan imej KAFA tetapi sekurang-kurangnya ada dikalangan penyokong memahami kenapa harga tiket dinaikkan.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular