KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 13 Oktober 2010

Perlawanan Yang Menarik Dan Hebat

emel

Perlawanan malam tadi dianggap paling menarik yang pernah disaksikan dalam sejarah piala Malaysia. Peluang gol dan stastistik serangan berada dalam 50-50 antara Selangor dan Kelantan. Amat malang bagi kedua-dua pasukan kerana bermain dengan sepuluh pemain apabila Norshahrul Idlan Talaha dan P Gunalan diberikan kad merah oleh pengadil kerana berlaku pergaduhan kecil pada minit ke 45. Tindakan pengadil mengeluarkan kedua-dua pemain terbabit dianggap bijak kerana tindakan ini dapat menyelamatkan suasana yang mula tegang diantara kedua-dua penyokong.

Perlawanan malam tadi sememangnya sengit apabila kedua-dua pasukan berjaya mengatur serangan bertali arus dengan baik, namun ketangkasan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan gol-gol berbahaya daripada Safee Sali, Amri Yahya dan Amirulhadi dan gandingan mantap Kelantan pula banyak terlepas peluang yang baik di depan gawang seperti tandukan baik Akmal terkena tiang gol, percubaan tendangan Mohd Badri dan Indra Putra berjaya diselamatkan penjaga gawang. Kehilangan Norshahrul sedikit merencatkan strategi pemain Kelantan namun pada separuh masa kedua Norfarhan dan Akmal berjaya mengatur kembali serangan yang tepat ke gawang dengan bantuan Mohd Badri dan Indra Putra. Separuh masa kedua posisi serangan lebih kepada pemain Kelantan, rentak permainan pula Selangor lebih banyak bertahan.

Rata-rata penyokong yang hadir pada malam tadi berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan pemain Kelantan dan menganggap hanya nasib sahaja tidak menyebelahi kita. Permainan dan hantaran kemas serta teratur rapi diantara pemain, terutama Shakir yang sentiasa tenang mengatur dan mengawal bola serta melakukan hantaran tepat pada pemain lain. Kesebelasan utama Kelantan pada malam tadi sememangnya terbaik, ramai yang memberi harapan tinggi agar pemain Kelantan bangkit memberikan kemenangan pada perlawanan di Kota Bharu nanti, kekecewaan penyokong Kelantan terkeluar di saingan suku akhir piala FA pada Kedah masih terasa apabila kedua-dua perlawanan di suku akhir seri tetapi peraturan jaringan gol ditempat lawan menyebabkan saingan Kelantan terkeluar awal.Oleh itu, Kelantan perlu mengelakkan dari disingkir dengan jaringan gol ditempat lawan berulang lagi. Jumaat ini tiada istilah seri atau kalah sekiranya B. Sathianathan mengekalkan kesebelasan utama malam tadi kecuali Norshahrul yang akan terlepas peluang bermain pada perlawanan suku akhir di Kota Bharu nanti.

Bermain di gelanggang sendiri memberi banyak kelebihan kepada Kelantan, dengan sokongan padu 20,000 penyokong Kelantan sudah cukup meresahkan pemain-pemain Selangor yang pasti tidak akan ada penyokong mereka berani ke Kota Bharu nanti. Kota Bharu dianggap keranda maut bagi penyokong-penyokong negeri lain tetapi penyokong Kelantan pula berani dan sedia berkonvoi berpuluh-puluh bas ke stadium negeri lain. Inilah hebatnya bolasepak Kelantan yang sentiasa diberi persepsi negatif oleh media.

Stastistik Permainan:

HOME / AWAY ADVANTAGE Home Away
% Points 50% 50%
% Goals scored 44.7% 55.3%
% Goals conceded 41.5% 58.5%

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular