KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 27 Oktober 2010

Penyokong Kelantan
Tidak Berpuas Hati.


Isu tiket perlawanan akhir Piala Malaysia menjadi topik perbualan hangat penyokong bola sepak Kelantan ketika ini.

Kenaikan harga ditambah dengan kesukaran untuk mendapatkan sekeping tiket menyebabkan isu ini menjadi semakin panas sehingga diperbualkan dimana-mana tempat.

Mengikut tinjauan RedsFC-News sebentar tadi, kebanyakan penyokong Kelantan yang ditemui rata-rata kecewa dengan tindakan FAM dan KAFA mengenakan harga yang tinggi kepada peminat untuk menyaksikan perlawanan.

Bagi mereka, FAM dan KAFA perlu mengenakan harga yang munasabah kerana peminat setia pasukan bola sepak Kelantan kebanyakannya bukan dikalangan orang berada.

Sokongan mereka selama ini bagaikan tidak dihargai sementelah pula FAM dan KAFA seakan berpakat untuk mengenakan bayaran tinggi untuk sekeping tiket.

FAM tidak sepatutnya mengenakan harga yang melampau untuk sekeping tiket. Bagaimana jika Selangor berada di tempat Kelantan ketika ini, kemungkinan besar harga tiket yang dikenakan sama seperti tahun-tahun terdahulu tidak akan berubah.

Mengapa menaikkan harga tiket ketika penyokong setia sudah dibebankan dengan sewa bas yang melambung tinggi malah dengan kenaikan ini setiap penyokong perlu menghabiskan Rm120 untuk satu perlawanan akhir bagi tiket dan bayaran bas.

Tidak berbaloi rasanya untuk menyaksikan satu perlawanan dengan menghabiskan ratusan ringgit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular