KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Kelebihan buat Kelantan: Sathia

KOTA BHARU - Keputusan seri tanpa jaringan menentang Kedah dalam separuh akhir pertama TM Piala Malaysia di Stadium Darul Aman malam semalam memberi kelegaan kepada Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan dalam merencana percaturan menghadapi lawan sama malam esok.

“Kita bermula dengan kurang baik bila terpaksa membuat tiga pertukaran pemain dalam tempoh 12 minit perlawanan bermula sedangkan kita baru sahaja mendapat rentak perlawanan. Jadi, 20 minit pertama kita bermain dalam keadaan kelam-kabut sebelum kembali menemui rentak sebenar.

“Namun, secara keseluruhan kita bermain dengan baik. Kita menguasai sebahagian babak pertama dan babak kedua perlawanan. Kita mempunyai banyak peluang namun nasib tidak menyebelahi kita untuk menjaringkan gol pada perlawanan itu," katanya, semalam.

Menurutnya, pujian harus diberikan kepada skuad Kelantan kerana bertahan dan membuat serangan sepanjang 90 minit perlawanan walaupun tiga pemain tercedera.

Sathianathan berkata, walaupun skuad Kelantan dibayangi masalah kecederaan namun itu bukan alasan untuk beliau tidak menyenaraikan kesebelasan terbaik pada aksi timbal balas nanti.

“Azizi (Matt Rose) dan S Subramaniam masing-masing mengalami kecederaan pangkal paha sementara Shakir (Shaari) terpaksa menerima empat jahitan kerana pertembungannya dengan Baddrol Bakhtiar. Akmal Rizal (Ahmad Rakhli) juga mengalami kecederaan serius pada tulang belakang.

“Saya perlu menanti keputusan imbasan daripada doktor pasukan hari esok (ini). Saya masih berharap dapat mengguna khidmat mereka. Namun, kita mempunyai pengganti yang tidak kurang hebatnya. Prinsip asas pasukan Kelantan ialah kita tidak bergantung kepada mana-mana individu, semuanya bermain secara berpasukan," katanya.

Menurutnya, kembalinya Norshahrul (Idlan Talaha) membuka ruang kepadanya untuk mempertajamkan jentera serangan Kelantan.

"Saya optimis mampu membawa Kelantan ke pentas perlawanan akhir Piala Malaysia minggu depan.

“Kita mempunyai kelebihan dari segala-galanya, termasuk dari segi sokongan penonton. Saya berharap apa yang berlaku dalam kempen Piala FA musim ini tidak lagi berterusan dalam kempen Piala Malaysia ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular