Kijang sedia ratah Selangor
|
Kelantan mahu menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang lawan untuk membenam Selangor, Selangor pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok.
Justeru, Datuk Seri Anuar Musa menggesa para penyokong Red Wariorrs hadir beramai-ramai ke stadium supaya sorakan mereka tidak ditenggelami penyokong tuan rumah.
“Kelantan memerlukan kemenangan selesa pada perlawanan pertama ini supaya kita boleh tampil lebih yakin pada perlawanan kedua di Kota Bharu, Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
“Saya harap para penyokong Selangor mahu pun Kelantan yang berada di sekitar Shah Alam dapat membeli tiket lebih awal. Harga tiket masih sama iaitu RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.
Kelantan layak ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan a selepas menang 3,seri 3 perlawanan untuk mengutip 12 mata tetapi Anuar Musa mahu para pemain mengambil iktibar tragedi musim lalu.
“Jadi saya harap semua pemain sudah mengambil iktibar apa yang berlaku itu dan bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menyingkirkan Selangor,” tegasnya.
Pada aksi Liga Super musim ini, Selangor dan Kelantan terikat tanpa jaringan di Kota Bharu sebelum turut seri 1-1 pada perlawanan pusingan kedua di Shah Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan