FAM : Beraja di Mata Bersultan Di Hati
"Beraja di mata, bersultan di hati". Itulah yang selayaknya diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila menjatuhkan hukuman keras kepada ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan.
Kritikan berkenaan stadium yang digunakan Perlis dalam Liga Super oleh pengendali Kelantan tersebut kepada pihak media menyebabkan pengantungan enam bulan dikenakan kepadanya.
Persatuan induk tersebut dilihat sengaja memainkan isu hukuman ketika Kelantan sedang berusaha untuk mendapatkan piala terbesar pertama mereka.
Tidakkah FAM sedar hukuman yang dijatuhkan bukan sahaja menunjukkan tahap kebebalan mereka ketika menguruskan sukan bola sepak negara malah menunjukkan sikap pilih kasih keterlaluan dalam menjatuhkan hukuman kepada pihak yang bersalah.
Banyak lagi kes lama yang belum diselesaikan tetapi mengapa hanya mereka yang terlibat dengan Kelantan sering dijadikan mangsa keadaan.
Sikap FAM ini bagaikan menangguk di air keruh kerana cuba menjatuhkan reputasi skuad Kijang yang dibina dengan penat jerih serta sokongan tidak berbelah bahagi dari semua lapisan rakyat Kelantan.
Apakah tindakan Sathianathan memberi komen akan tahap kualiti padang menyebabkan hukuman dijatuhkan sebegini berat bagaikan hukuman kerana melontar kritikan terbuka kepada persatuan bola sepak Malaysia tersebut.
FAM dengan tingkah laku zalim bertindak mengaibkan individu seperti Sathianathan tanpa mempedulikan perkara lain dan ia menunjukkan FAM sebenarnya tidak menjaga nama mereka selain mengguris hati semua penyokong bola sepak Kelantan
Sehubungan dengan itu, FAM sepatutnya memberikan sedikit kelonggaran sementelah Kelantan masih dalam persaingan merebut Piala Malaysia.
Tidakkah persatuan sedar bahawa tindakan mereka ini akan membunuh bola sepak negara yang sedang meningkat naik.
Tidak guna pemimpin persatuan bercakap sehingga memercik air liur jika mereka didalam persatuan menguruskan persatuan dengan tidak profesional.
Jangan babitkan sentimen lain dalam pengurusan sukan jika FAM mahu perkembangan bola sepak Malaysia semakin pesat.
Sememangnya tindakan FAM keatas ketua jurulatih Kelantan menunjukkan tahap integriti mereka berada di peringkat bawahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan