Kafa tingkatkan tahap keselamatan: Annuar
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan meningkatkan tahap keselamatan termasuk dari segi sistem penjualan tiket menjelang perlawanan separuh akhir kedua TM Piala Malaysia, Kelantan menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, malam esok.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai tuan rumah pihak Kafa perlu mengambil langkah tambahan terutama dengan kehadiran penyokong yang ramai bagi mengelak sebarang insiden buruk berlaku.
“Pihak Kafa tidak memandang mudah perkara itu. Kita telah membuat semakan keselamatan di stadium termasuk dari segi urusan penjualan tiket perlawanan perlawanan separuh akhir malam esok,” katanya dalam sidang akhbar, baru-baru ini.
Menurutnya, pihak Kafa dengan kerjasama Perbadanan Stadium Kelantan (PSK), pasukan keselamatan dan jawatankuasa yang ditubuhkan telah bermesyuarat dan memutuskan untuk mengambil beberapa langkah tambahan bagi mempertingkat tahap keselamatan di stadium.
“Berdasarkan perlawanan dengan Selangor lalu, saya berterima kasih kepada penyokong Kelantan yang memberi kerjasama dan menafikan sangkaan pihak tertentu sebelum ini. Saya ingin melihat Stadium Sultan Muhammed IV menjadi kawasan ‘zero incident’ tanpa balingan mercun mahupun objek terlarang.
“Sistem penjualan tiket juga akan diubah, kita akan menambah bilangan anggota keselamatan bagi tujuan keselamatan orang ramai. Pagar keselamatan akan ditempatkan di kawasan hadapan kaunter tiket. Mereka perlu beratur 20 meter jarak dari kaunter. Hanya empat orang dibenarkan beratur di hadapan kaunter tiket pada satu-satu masa.
Annuar berkata, anggota keselamatan akan melakukan pemeriksaan badan yang ketat terhadap penonton yang memasuki stadium.
“Kita akan memastikan keselamatan perlawanan ini berada dalam tahap tertinggi. Bagi memastikan bahan terlarang seperti mercun dibawa masuk, anggota keselamatan akan melakukan pemeriksaan badan penonton.
“Saya juga mahu mengasingkan semua jalan di sekeliling kawasan agar laluan tersebut tidak dihalang sekiranya berlaku kecemasan. Aliran pergerakan keluar penyokong dari stadium sejurus perlawanan berakhir juga akan dipantau," katanya.
Menurutnya, beliau telah mengarahkan pihak Kafa merakam secara video bermula dari waktu penjualan tiket sehingga penyokong mula memasuki stadium.
“Kita serius memantau perkara ini. Kita akan mengkaji dengan teliti sebarang kelemahan sekiranya berlaku situasi tersebut. Saya mengingatkan penyokong jangan membeli tiket dengan orang tengah,” katanya.
LESEN
Jumaat, 22 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan