KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Peluang Sang Kijang.

Peluang buat Kelantan layak ke final kali kedua berturut-turut.



Kejayaan mengikat Kedah di Stadium Darul Aman, malam kelmarin membuka ruang buat Sang Kijang untuk layak ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut.

Kehadiran semula Norshahrul Idlan Talaha dari pengantungan serta kemantapan pemain pertahanan dan jentera tengah Kelantan menjadi penentu sama ada Red Warriors mampu ke pentas akhir untuk menjulang piala pertama dalam sejarah.

Sang Kijang bakal kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan iaitu Shakir Shaari serta Azizi Mat Rose manakala S. Subramaniam dan Akmal Rizal dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius manakala Indra Putra mungkin mengalami satu pengantungan akibat mengutip dua kad kuning.

Lain-lain pemain pula dikhabarkan sudah tidak sabar untuk turun dalam perlawanan separuh akhir kedua seterusnya membantu Kelantan ke perlawanan terakhir di Bukit Jalil.

Menurut ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan, kejayaan mengikat tuan rumah merupakan satu kejutan setelah pemain gantian mempamerkan persembahan menakjubkan untuk mengekang asakan lawan.

Kita tidak jangka mereka mampu memberikan persembahan terbaik tetapi itulah yang telah saya tekankan kepada pemain bahawa mereka perlu memberikan komitmen 100% jika diturunkan dalam sesuatu perlawanan.

Untuk pengetahuan, Kedah pernah mengecewakan Kelantan dalam saingan Piala FA walaupun pada pertemuan pertama di Alor Setar, Sang Kijang mengikat Hijau Kuning tanpa jaringan tetapi di Kota Bharu mereka mencatatkan keputusan seri 1-1 seterusnya tersingkir dengan peraturan gol di tempat lawan.

Baki 90 minit perlawanan perlu digunakan sebaik mungkin oleh pemain Kelantan dan jika mereka tidak fokus sehingga membenarkan pelawat menjaringkan gol kemungkinan besar tragedi Piala FA akan berulang kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular