KELANTAN mln KEDAH
Kelantan  turun dengan tekad besar dalam separuh akhir kedua di Stadium Sultan  Muhammad Ke-IV, Kota Bharu untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir  Piala Malaysia 2010.
Pertemuan separuh akhir pertama menentang Kedah di arena lawan, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Peluang  besar dimiliki Kelantan sebenarnya kerana mereka bermain di hadapan  penyokong sendiri tetapi Kedah pasti ingin mengulangi pencapaian lalu  setelah menundukkan Sang Kijang dalam saingan Piala FA pusingan kedua.
Menurut  jangkaan ramai, mudah bagi Sang Kijang untuk membenam pasukan lawan  selepas melihat persembahan menyakinkan pemain didikan Sathianathan  membelasah Selangor dalam suku akhir tempoh hari.
Namun,  dikhbarkan dari kem Kedah ketika ini bahawa ketua jurulatih mereka Haji  Ahmad Yusof tidak akan dikekalkan di kerusi panas itu dan mungkin akan  digantikan dengan jurulatih baru untuk 2011.
Jsuteru  itu, jika perkhabaran ini benar-benar akan terjadi, Ahmad Yusof pasti  mahu meninggalkan negeri Kedah dengan rekod baik iaitu menjuarai Piala  Malaysia selepas hampa tewas penentuan penalti kepada Negeri Sembilan  dalam final Piala FA.
Begitu  juga dengan Kelantan, tempoh sukar telah dilalui dengan jayanya dan  peluang yang terhidang harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Penamat  cemerlang yang dipinta Sang penyokong selepas lama menunggu untuk  melihat satu piala diarak di atas jalan raya menuju ke pusat bandar Kota  Bharu.
Berbalik  pada jangkaan kesebelasan utama Kelantan malam esok, Khairul Fahmi  kekal selaku penjaga gol selepas tampil dengan aksi konsisten sepanjang  musim sehingga meletakkan namanya selaku penjaga gawang utama Kelantan  dan Skuad Malaysia ketika ini.
Kecederaan  Azizi Mat Rose, S. Subramaniam memaksa Sathianathan melakukan rombakan  besar untuk mengenal pasti pemain mana perlu diletakkan di posisi  permulaan. Dijangka Rizal Fahmi, Zairul Fitree dan Farisham kekal dalam  kesebelasan utama manakala Daudsu juga bakal menjengah kembali posisi  pertahanan kanan selepas digugurkan beberapa perlawanan kerana mengalami  kejatuhan prestasi. Sarudy Aziz bakal diletakkan di bangku simpanan  bersiap sedia untuk dimasukkan andai empat pemain ini mengalami masalah  kecederaan.
Jentera  tengah pula kekal meletakkan ketua pasukan, Indra Putra Mahayudin  bergandingan bersama dengan Badri Radzi dan Norfarhan Mohamad. Shakir  terkeluar dari senarai kesebelasan utama selepas mengalami kecederaan  dalam perlawanan pertama. Tempatnya kemungkinan diambil pemain kental,  Khairan Eroza Razali manakala pemain simpanan bakal dihuni Zulyusri Che  Harun dan Wan Zaman Mustapha.
Jentera  serangan menyaksikan kembalinya Norshahrul Idlan Talaha dari  pengantungan dua perlawanan tetapi Kelantan bakal kehilangan Akmal Rizal  akibat kecederaan. Kemungkinan Hairudin bakal mengisi posisi serangan  bergandingan dengan Norshahrul. Kelibat Chanturu juga mungkin dapat  disaksikan selepas pemain ini sudah pulih dari sakit kaki selain Nidzad  Ayub dan Ramzul dikatakan bakal diletakkan dalam kesebelasan simpanan  manakala nama Che Hishamudin bakal tercicir dari senarai pemain.
Rombakan  pemain yang dilakukan Sathia diharap mampu membatu Kelantan lepas ke  perlawanan akhir. Taktikal bagi corak serangan dan bertahan perlu  ditekankan kepada pemain agar tidak mudah leka bagi mengelakkan dibocori  pasukan lawan.
Kedah  bukan sebarangan pasukan kerana mereka turut memiliki kekuatan untuk  menjinakkan lawan yang memandang mudah keupayaan mereka. Mereka  mempunyai rekod baik di Kota Bharu dan tidak mustahil sekali lagi mereka  tampil seperti itu untuk mengecewakan Sang Kijang.
Kembalinya  Khairul Helmi Johari dan Sabree Abu dari pengantungan bakal  memperkuatkan pasukan. Tetapi mereka juga bakal kehilangan Azmi Muslim  yang dilanda kecederaan selain gagal mendapatkan khidmat Azlan Ismail  yang masih bergelut dengan kecederaan panjang.
Lain-lain pemain Kedah berada dalam zon tekanan kerana keinginan melepaskan diri mungkin akan tersekat di Kota Bharu.
Ahmad  Yusof juga juga mahu memberikan yang terbaik kerana desas desus  digantikan di kerusi jurulatih untuk 2011 bertiup kencang di pihak  penyokong mereka. Oleh itu, dia pasti mahu meninggalkan sesuatu yang  manis buat Sang Kenari dan tidak mahu perlawanan di Stadium Sultan  Muhamad ke-IV ini menjadi penamat kepada musim yang penuh sejarah  buatnya.
Kepada  pihak penyokong Kelantan, jikalau Kelantan menang, berilah sorakan  gemuruh di arena sendiri, berpestalah tanpa melakukan tindakan yang  tidak bertamadun. Jika kalah, terima keputusan yang telah tercatat  dengan redha tanpa melakukan sesuatu yang boleh merugikan diri,  persatuan dan keseluruhan rakyat Kelantan yang meminati sukan bola  sepak.
Buat  peminat Sang Kenari, bertandang anda ke Kota Bharu disambut dengan  ucapan selamat datang dari kami penyokong Red Warriors. Kehadiran anda  semua dialukan dan kami disini akan memberi sepenuh layanan seperti mana  kami dilayan di Darul Aman tempoh hari.
Dengan  semangat Gomo Kelate Gomo, Sokongan Kita Bukan Ketika Menang, Sokongan  Kita Zaman Berzaman. Kita Datang Beri Sokongan Bukan Datang Membawa  Hukuman. Pulun Kedah Pulun.
Barisan Kemungkinan
Kelantan :
B. Sathianathan
B. Sathianathan
Khairul Fahmi Che Mat
Daudsu Jamaludin -- Farisham Ismail -- Rizal Fahmi -- Zairul Fitree
Indra Putra Mahayudin (c) -- Badri Radzi -- Khairan Eroza -- Norfarhan Mohamad
Norshahrul Idlan Talaha -- Hairudin Omar
Simpanan:
Adney -- Nidzad -- Zulyusri -- W. Zaman -- Ramzul -- Sarudy -- Chanturu
Kedah : 
Haji Ahmad Yusof
Haji Ahmad Yusof
Helmi Eliza Alias
Shahril Faizal -- Shafizan Hashim -- Muhd Aminudin -- Sabree Mat Abu
Khairul Muhaymeen -- Shahrul Nizam Mustapha -- Fauzi Shaari -- Khairul Helmi Johari
Faizal Abu Bakar -- Badrol Bahtiar
 

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan