Kecewa Dan Hampa
Penyokong setia Kelantan di Kota Bharu hampa apabila skuad kesayangan mereka hanya mampu seri 2-2 dengan 10 pemain Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia, malam tadi.
Ketinggalan 0-1 pada awal perlawanan tidak mengurangkan sokongan malah kelihatan keyakinan di muka peminat bahawa skuad Kijang mampu membalas gol tersebut.
Mereka bersorak girang apabila Kelantan melancarkan gerakan ke kubu Negeri Sembilan.
Namun, mereka diam membisu apabila Azizi Mat Rose menghadiahkan penalti ketiga dari empat perlawanan seterusnya menyaksikan Red Warriors ketinggalan 0-2.
Dua jaringan pantas dari Zairul Fitree dan Akmal Rizal memberikan kelegaan dan mereka mengharapkan satu lagi jaringan untuk memberikan tiga mata tetapi hampa apabila pemain Kelantan gagal menterjemahkan beberapa peluang kedalam gawang Sang Rusa.
Walau menyaksikan melalui kaca televisyen, sokongan mereka bagaikan berada di dalam kawasan perlawanan. Dengan kritikan, komentar, kata cercaan, sorakan gol dan tepuk tangan sorak sorai menggegarkan beberapa kawasan di sekitar bandar Kota Bharu.
Setelah wiesel penamat dibunyikan, keluhan berat diluahkan peminat kerana mereka mengharapkan tiga mata dari Paroi selepas televisyen mengumumkan PKNS Fc berjaya menewaskan KL Plus untuk memintas kedudukan Kelantan di tangga kedua.
Jelas terpampang kekecewaan di riak muka setiap peminat dengan keputusan seri tersebut kerana bagi mereka, Kelantan bakal berdepan laluan sukar untuk melepaskan diri ke suku akhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan