KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Red Channel Corner




Setelah bergiat dengan aktif dalam bidang penyiaran sebelum ini, The Red Channel Solutions melangkah setapak lagi dalam bidang perniagaan apabila membuka sebuah gerai jualan makanan ringan.

Berbekalkan dengan tenaga kerja komited dan kata sokongan dari rakan-rakan maka tertubuhlah sebuah gerai diberi nama, Red Channel Corner.

Antara menu yang disediakan ialah cendawan goreng spesial, aneka keropok, bebola ikan, nugget serta cucur.

Gerai ini mula beroperasi bermula pada hari ahad lalu berlokasi di Depan JKR, Jalan Kuala Krai berhampiran dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Menurut wakil Red Channel Corner, Wan Muhammad Hafiz Wan Jaafar, makanan yang disediakan hasil dari resipi sendiri diterima baik oleh para pelanggan.

Sambutan yang diberikan terhadap makanan yang disediakan amat menggalakkan dimana menu yang disediakan sering kali tidak mencukupi.

Malah, keenakan cendawan goreng yang disediakan mendapat pujian dari pihak pelanggan, jelasnya.

Kepada penggemar cendawan goreng, anda dijemput hadir ke gerai kami untuk menikmati makanan tersebut dengan harga yang berpatutan.

Gerai kami akan mula dibuka pada jam 6 petang dan berakhir pada jam 10.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular