KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 23 Januari 2011

Red Warriors Tidak Tandus Bakat Muda




Bukan Khairul Fahmi sahaja.


Menurut pendapat Kelatewaz bola, Kelantan tidak tandus pemain muda berbakat besar yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Kebanyakan pemain muda yang menganggotai skuad berwajah baru Sang Kijang dapat pergi jauh andai diberikan ruang cukup luas menonjolkan persembahan terbaik mereka.

Siapa tidak kenal dengan Wan Zahrul Nizam, kali pertama diturunkan kedalam skuad utama Red Warriors terus disunting khidmat oleh pasukan negara dan kini menyertai Harimau Muda untuk saingan Liga Super.

Begitu juga dengan Khairul Fahmi, penjaga gol yang telah dibuang dari skuad muda negara tetapi bangkit untuk menjadi penjaga gawang paling digeruni di peringkat Asia Tenggara waktu ini.

Dan Kelantan terus berbangga dengan bintang muda baru yang dijangka menyinar dalam Liga Malaysia pada musim ini, Khairul Izuan Rosli.

Pemain serangan berusia 20 tahun ini berkemahiran menguasai bola dengan baik, mempunyai hantaran menarik, hebat dalam menghidu ruang didepan gawang selain mendapat pendedahan di skuad negara bermula tahun 2009 lagi.

Mula mendapat perhatian selepas menunjukkan prestasi baik ketika mewakili Sekolah Sukan Bukit Jalil dalam kejohanan Piala Belia dan Liga Presiden.

Dipanggil menyertai skuad Harimau Muda namun digugurkan kerana mempunyai masalah disiplin namun menjadi penyerang harapan pasukan belia kebangsaan tersebut pada tahun lalu.

Pakej lengkap dari pemain yang mula menarik perhatian B. Sathianathan untuk diserapkan kedalam skuad utama pada musim hadapan.

Oleh itu, KAFA dan pihak pengurusan harus terus memberi pendedahan demi pendedahan kepada semua bakat muda agar impian melihat lebih ramai pemain Kelantan beraksi di skuad kebangsaan dapat dicapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular