KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 31 Januari 2011

Langkah Baru Red Warriors


“Perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama”. Pepatah tersebut memang kena dengan tempatnya jika dikira dengan perjalanan Red Warriors untuk bersama-sama dengan kuasa elit bolasepak tanahair.

Kejuaraan pertama musim 2011 ini semalam iaitu dengan membenam Selangor di tempat lawan dan menjulang Piala Sultan Hj Ahmad Shah menjadi suatu katalis bagi musim yang boleh dikatakan penuh berliku ini.

Penuh dengan kontroversi dan disi dengan pelbagai drama tidak menjadi halangan yang sukar ketika pasukan yang dibimbing Dato’ M Karathu ini dengan selamba mengutip tiga mata berharga di tempat lawan dan kemudiannya mendakap piala pertama utuk musim ini.

Perlawanan yang dijangka panas sebenarnya agak teratur untuk Red Warriors untuk 30 minit pertama pertama perlawanan. Sebelum ini para penonton digoyahkan sedikit oleh keputusan perlawanan pra musim yang agak teruk seharusnya boleh menarik nafas lega dengan persembahan pemain-pemain yang baru diambil untuk musim ini.

Secara logiknya, pemergian Indra dan Farhan untuk mengatur serangan tidak perlu lagi digusai oleh para penyokong. Suntikan larian kencang oleh Nurul Azwan (Awe) di sebelah kiri dan gelecekan oleh Soley disebelah kanan mengundang rasa terhibur untuk penyokong yang secara amnya masih lagi mengharap sentuhan Nor Shahrul Idlan untuk membuat penyudahan.

Menang dengan dua gol di tempat lawan adalah suatu petanda yang Kelantan tidak goyah sedikit pun untuk menjalani musim 2011 yang panjang ini. Mengambil kesinambungan tahun lepas dengan persembahan yang sangat cemerlang ditempat lawan, skuad yang diketuai oleh Piyaa mempamerkan hantaran pendek yang kemas dan dibantu oleh larian cemerlang oleh Daudsu.

Mungkin suatu yang boleh diperbaiki ialah rasa yang terlalu hormat kepada pemain Selangor seperti Safee dan Amri yang membataskan ‘keinginan’ untuk menyerang kubu lawan. Zairul Fitri (Roypi) yang agak sibuk mengawal Safee dan sekali sekala ‘clearance’ yang agak liar dari Rizal dan Ishe membantutkan tempo menyerang kubu lawan.

Gerakan cemerlang Awe pada minit ke-6 dan seterusnya menghadiahkan sepakan penalti untuk Kelantan dan gol cemerlang sepakan percuma Piyaa sebenarnya membenarkan semua rakyat Kelantan untuk bermimpi lebih pada tahun ini. Dibantu oleh pengurusan yang cemerlang, skuad ini sepatutnya boleh pergi lebih jauh lagi dan seterusnya mempersiapkan skuad dengan penuh kesungguhan sebelum Liga M menampilkan pemain import pada tahun hadapan. Perlawanan semalam juga seperti yang diperkatakan oleh M Karathu ialah kemenangan sepasukan. Red Warriors seperti satu unit yang mantap dengan formasi awal 4-5-1 dan kemudiannya bertukar kepada 4-3-3 pada separuh masa kedua.

Mungkin akur dengan barisan tengah Selangor yang agak ‘ternama’, taktikal mudahnya ialah dengan meletak lima barisan tengah dengan hanya Mat Yo yang bertindak seorangan di bahagian hadapan. Secara dasarnya, ini menyebabkan barisan enjin midfield selangor tidak berjaya beroperasi dengan baik dan mengundang kemarahan K Devan seterusnya mengeluarkan tiga midfielder ‘ternama’ mereka iaitu Hardi, Safiq dan Amri. Walaupun begitu, akibat kurang sokongan dan berseorangan , gerakan Mat Yo agak terbatas dan ini mengurangkan kebarangkalian untuk menjaringkan gol.

Kekurangan percubaan ke arah gol lawan seperti pada masa pertama adalah suatu yang perlu di perbaiki oleh panel kejurulatihan Kelantan dan formasi 4-3-3 pada separuh masa kedua adalah alternatif yang baik untuk taktik menyerang.

Persembahan yang baik semalam juga menampakkan beberapa tanda yang positif buat Kelantan dalam menghadapi Liga Super musim ini. Antaranya ialah :-

  • a) Piyaa akan dapat lebih banyak peluang menyempurnakan sepakan percuma dan membuktikan lebih banyak gol dihasilkan oleh set piece ini.
  • b) Barisan tengah yang teratur menyusun gerakan menyerang bermula dari Shakir.
  • c) Khairul Izuan Rosli (Pemain muda) mempunyai potensi yang cemerlang dan boleh diketengahkan walaupun perlu mengawal kegopohannya menyusun gerakan.
  • d) Kelantan boleh menggunakan sebaikknya Winger (Awe dan Soley) dan apa yang perlu ialah meletakkan penyerang yang mempunyai skill tandukan ( Rojo).
  • e) Daudsu kembali menjadi kereta kebal dan mengatur potensi menyerang dengan overlapping yang laju.
  • f) Rizal dan Farisham menampilkan tag-team yang baik walaupun kegusaran kehilangan Azizi masih lagi tebal. Mereka sebenarnya bermain agak baik dengan mengekang Safee dan Fadzli Shaari dari membuat percubaan bahaya. (walaupun satu tandukan mengenai palang)
  • g) Apek masih ‘cool’ untuk menampilkan persembahan yang baik dalam menjaga gawang. (Walaupun man of the match, kejayaan semalam adalah untuk sepasukan)

Dalam kegembiraan memenangi piala pertama musim ini, terdapat juga beberapa aspek yang masih perlu diperbaiki bagi menjadikan impian TSAM dan seluruh peminat bolasepak Kelantan untuk melihat kita menjadi “SUPERWARRIORS’ menjadi kenyataan.

Antara yang perlu diambil perhatian ialah bagaimana mahu mencari gol selain daripada Mat Yo yang nampaknya akan dikawal dengan ketat oleh pertahanan lawan. Begitu juga barisan pertahanan yang perlu lebih relaks dan membaca permainan pihak lawan.

Masalah penonton juga tak dapat dari apabila melibatkan Red Warriors. Penonton kita perlu lebih berhemah walaupun perlawanan semalam menampakkan satu benda yang sangat jelas untuk kita imbas untuk kejohanan Piala AFF tempoh hari. Ultras ialah dari pihak Red Warriors dan geng tembak laser ialah jelas dari penonton Selangor.

Ini dapat dibuktikan semalam semasa Mat Yo mahu menendang penalti dan semasa pasukan Selangor memperolehi sepakan sudut dan tendangan percuma. Mutu pengadilan juga boleh dipertingkatkan dan ianya adalah penting selaras dengan transformasi Liga M yang dilancarkan baru-baru ini.

Seterusnya ialah pertemuan dengan Terengganu, satu ‘derby’ pantai timur dan Red Warriors sepatutnya menghadiahkan penyokong Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke –IV tiga lagi mata berharga. Seperti kata pepatah di awalan tadi, Langkah pertama sudah dimulakan dengan jayanya dan InsyaAllah langkah seterusnya akan lebih bergaya untuk mencapai impian semua membentuk “Happy Superwarriors”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular