Red Warriors Garang.
Perlawanan persahabatan pra-musim jelajah Utara berakhir dengan nota kemenangan apabila Sang Kijang mudah membelasah Pulau Pinang 4-0 di Stadium Bandaraya, petang tadi.
Jaringan sumbangan Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Badri Radzi, Nidzad Ayub dan Khairan Eroza sudah cukup buat Kelantan pulang ceria ke Kota Bharu.
Perlawanan dimulakan dalam keadaan cuaca panas dengan gerakan kemas dilakukan Kelantan dengan aturan beberapa serangan untuk mengancam kubu pertahanan lawan.
Norshahrul Idlan Talaha membuktikan status selaku penjaring prolifik apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-6 hasil kesilapan pemain pertahanan Pulau Pinang.
Benteng pertahanan Pulau Pinang sekali lagi melakukan kesilapan mudah dengan memberikan Badri Radzi ruang cukup luas untuk meledak sepakan kencang seterusnya menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-23.
Tidak cukup dengan dua jaringan, Nidzad Ayub turut meletakkan nama selaku penjaring setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-60.
Sembilan minit kemudian, pemain gantian, Khairan Eroza Razali menutup sisa perjuangan Harimau Kumbang dengan gol keempat dan gol yang terakhir perlawanan untuk memberikan kemenangan selesa kepada Kelantan dalam persiapan pra musim mereka.
Selepas ini, Kelantan akan pulang ke Kota Bharu untuk menyertai kem motivasi dan beberapa acara anjuran KAFA sebelum berlepas ke Shah Alam untuk pertemuan Piala Sumbangsih menentang Gergasi Merah.
LESEN
Sabtu, 22 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan