KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 13 Januari 2011

Perlawanan Persahabatan Pra-Musim
Red Warriors Ke Utara

Tonggak veteran Kelantan, Wan Rohaimi dan Khairan Eroza Razali

Keadaan cuaca tidak menentu selain tiada tempat sesuai mengadakan perlawanan persahabatan memaksa skuad The Red Warriors memilih negeri sebelah utara untuk persiapan terakhir pasukan sebelum sepak mula Liga Malaysia.

Difahamkan, skuad Kelantan bakal menentang Kedah dalam perlawanan persahabatan pertama di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.

Selepas itu, Sang Kijang dijadualkan melawan skuad USM Pulau Pinang pada 17 Januari sebelum bertandang ke Stadium Kangar menentang Perlis, sehari kemudian.

Perlawanan terakhir pra musim dijangka Kelantan akan menguji sekali lagi pasukan yang beraksi di Liga Perdana, Pulau Pinang pada 21 Januari ini.

Menurut laporan, B. Sathianathan dijangka akan menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan menentang Kedah bagi membentuk persefahaman jitu sebelum sepak mula Piala Sumbangsih penghujung bulan Januari nanti.

Selain mencari pemain yang mampu membawa cabaran Sang Kijang dalam saingan Liga, ketua pengendali Kelantan tersebut turut mahukan keputusan positif selepas kecewa dalam beberapa perlawanan yang diatur sebelum ini.

Semua penyokong Kelantan yang berada di sekitar utara dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada skuad Kijang yang dalam proses terakhir membentuk pasukan terbaik untuk musim 2011.

sumber daripada redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular