KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 23 Januari 2011

Pemain Kelantan Cari Keserasian.


Pemain Kelantan masih tercari-cari keserasian walau telah melalui lapan perlawanan persahabatan kompetetif sempena persiapan Liga Malaysia.

Perlawanan yang diatur KAFA untuk memantapkan pasukan masih belum menunjukkan kemampuan sebenar pemain The Red Warriors kerana keputusan jelas banyak tidak memihak kepada mereka.

Rentetan kekalahan dialami namun persembahan pemain dilihat meningkat dari perlawanan ke perlawanan.

Satu perkembangan positif seperti kata B Sathianathan dimana kebanyakan pemain mula menampilkan aksi yang akan memukau mata semua pihak pada musim ini.

Bukan senang membentuk pasukan yang kehilangan ramai tenaga penting namun hakikat itu perlu diterima dengan Kelantan harus menyediakan sebuah pasukan sebaik mungkin untuk sekurang-kurangnya mempertahankan kejuaraan dalam Piala Malaysia.

Tiada alasan sebenarnya di pihak pemain ketika ini selain memberi aksi terbaik mereka seterusnya bersedia untuk merampas Piala Sumbangsih tidak lama lagi.

Penyokong tidak mahu kekurangan pengalaman dan tidak bersedia dari segi mental serta dibarisi pemain muda mentah digunakan sebagai penyebab jika Sang Kijang gagal mencapai target dalam saingan liga nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular