KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 6 Oktober 2010

Pemain Ke-12 sila Disiplin !

emel

Malam esok merupakan malam getir, malam penentuan perjuangan pasukan Kelantan dalam kempen Liga Malaysia 2010. Jika menang, Kelantan boleh menarik nafas lega menghidupkan kembali saingan perebutan slot ke suku akhir. Jika Kelantan tewas, pintu ke suku akhir seakan-akan tertutup kerana selepas malam esok, hanya tinggal satu lagi perlawan peringkat kumpulan yang juga mesti dimenangi pasukan Kelantan. Dijangka puluhan ribu penyokong akan melimpahi Stadium Sultan Muhammad ke-IV esok dan bermacam-macam ragam penyokong akan mewarnai perlawanan malam esok.

Sudah pasti "pemain ke-12" Kelantan, iaitu puluhan penyokong setia The Red Warriors yang hadir pada malam esok mengharapkan kemenangan yang dicapai pada malam esok. Namun, dalam keghairahan memberi sokongan, diharap penyokong setia tidak melakukan sebarang kesalahan seperti membaling mercun dan botol ke dalam padang. AWAS! Gerak geri penyokong sentiasa di pantau. Kita tidak mahu lagi melihat penyokong kita di gari polis seperti perlawanan-perlawanan yang lepas. Berbaloikah kita jika ditangkap polis kerana kesalahan membaling mercun? Sudah tentu jawapanya tidak. Diharap penyokong belajar dari kesilapan yang lepas dan leboih berdisiplin pada malam esok. Jangan biarkan emosi mempengaruhi tindakan.

Penyokong yang hadir diharap dapat memberi sokongan sebelum, semasa dan selepas perlawanan. Bukan hanya menyokong ketika bermain dan menang, apbila kalah, pamain sendiri dibaling botol dan di "boooo". Jika anda penyokong yang setia, anda tidak akan mem"booo" pemain sendiri apatah lagi membaling botol. Pemain perlu disokong tidak kira menang atau kalah. Jika kalah sekali pun, tidak salah kita bangun dan bertepuk tangan memberi sokongan sebagai tanda terima kasih kerana mereka bermain mati-matian selama 90minit dipadang. Tidak salah rasanya jika kita berdiri dan bertepuk tangan selepas permainan jika kita kalah sekalipun kerana pemain akan rasa dihargai dan akan lebih bersemangat untuk bangkit pada masa akan datang. Contohilah penyokong BPL, seperti penyokong Manchester United, Arsenal yang bangun memberi tepuk tangan selepas perlawanan walaupun pasukan kalah malah ada yang menitiskan air mata meratapi kekalaha pasukan. Itulah penyokong sejati.

Malam esok, kemenangan perlu diraih. Pemain sudah pasti akan bermain bermati-matian untuk menghadiahkan kemenangan kepada penyokong. Namun penyokong yang ghairah menyokong diharap bersedia menerima apa saja keputusan pada malam esok. Kita perlu belajar menerima keputusan baik menang mahupun kalah, kerana apa yang berlaku sudah suratan takdir. Kita perlu belajar menerima kekalahan dan tidak hanya menggap kemenangan selalu milik kita. Jika mentaliti kita mampu untuk terima kekalahan, tiada lagi rusuhan berlaku, tiada lagi balingan botol untuk pemain. Tiada lagi penyokong ditangkap kerana bertindak mengikut perasaan. KAFA juga tidak akan didenda. AWAS penyokong Kelantan. Media hanya menunggu masa untuk menulis di muka depan akbar, untuk disiarkan di kaca televisyen aksi liar penyokong kita. Walaupun sekecil balingan mercun, media sudah kecoh bercerita, apatah lagi jika kejadian lebih besar berlaku. Diharap penyokong setia The Red Warriors dapat menjaga tingkah laku demi menjaga nama baik penyokong setia pasukan The Red Warriors secara lansung menjaga imej Negeri Kelantan. Jadilah penyokong yang bijak. Gomo Kelate Gomo.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular