KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Empat Pasukan Bersaing Ke Final.


Tidak sampai 20 jam sahaja lagi kita akan mengetahui pasukan mana yang akan ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di Bukit Jalil.

Dua pasukan satu impian.

Siapa yang akan layak seterusnya memenangi piala paling berprestij di Malaysia tersebut.

Tidak siapa tahu kerana 90 minit masih belum berlangsung.

Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor FC masih mempunyai peluang untuk layak ke pentas akhir.

Tetapi kelebihan pasti berpihak kepada pasukan tuan rumah terutamanya Kelantan dan Johor FC.

Pertembungan pertama tempoh hari, Sang Kijang gagah mengekang Kedah untuk seri 0-0 di Alor Setar manakala Johor FC pula garang membenam juara bertahan, Negeri Sembilan 1-0 di Paroi.

Namun, segalanya boleh terjadi dalam perlawanan bola sepak. Kalah dan menang adat perlawanan tetapi kemungkinan akan ada kejutan pasti ada kerana tidak semestinya pasukan pilihan mampu melangkah jika mempamerkan persembahan ala kadar.

Tidak dinafikan semua pasukan yang ada ketika ini memasang impian untuk berada dalam perlawanan terakhir.

Kelantan mahu mengangkat piala pertama, Negeri Sembilan mahu mempertahankan kejuaraan, Kedah mahu dihormati seperti dua tahun dahulu dan Johor FC pula mahu menjadi kelab kedua menjulang Piala kebanggaan.

Justeru itu, perlawanan malam esok menjanjikan saingan sengit daripada semua pasukan.

Diharapkan kesemua pasukan mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk menjadi pemenang diantara semua pemenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular