KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 27 Oktober 2010

FAM, KAFA Cekik Darah.





Penyokong kelantan kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ekoran kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2010.

Keghairahan penyokong fanatik Kelantan untuk hadir ke Stadium Bukit Jalil digunakan sepenuhnya kedua-dua persatuan tersebut untuk mendapat keuntungan lebih.

Tindakan mereka seakan tidak menghargai sokongan yang diberikan penyokong Kelantan selama ini.

Malah, dua persatuan ini juga dilihat menangguk di air keruh setelah mengemukakan alasan dangkal untuk menghalalkan kenaikan harga tiket.

Untuk maklumat, FAM menaikkan harga tiket kepada RM30 sekeping walau pada perlawanan akhir sebelum ini, tiket dijual dengan harga RM20.

Manakala KAFA pula mengenakan pakej sekeping tiket dan bendera dijual dengan harga RM40.

Tindakan cekik darah dua persatuan ini disifatkan mengambil kesempatan atas sokongan penyokong Sang Kijang yang sentiasa menyokong perlawanan bola sepak membabitkan Kelantan.

Justeru itu, mungkin mereka beranggapan harga tiket yang dikenakan tetap munasabah kerana penyokong Red Warriors sanggup berhabisan duit menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi.

Jika berterusan, impian FAM dan KAFA untuk terus memajukan bola sepak negara hanya tinggal impian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular