KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 23 Oktober 2010

TRWC Diserang Dari Dalam Dan Luar Negara



Portal Digodam Tahap Kritikal

Kami memohon maaf diatas segala kesulitan yang dihadapi. Alhamdullilah dalam masa 24 jam laman web ini berjaya dibaik pulih setelah digodam tahap kritikal oleh pengodam yang menggunakan identiti luar negara sejak pukul 1 petang 21/10/2010 dan dalam kekusutan membaikpulih portal ini, pihak TRWC terkejut dengan laporan artikel surat khabar KOSMO edisi jumaat 22 Oktober 2010 Bahagian Sukan mukasurat 61 pula serentak menyerang laman portal ini yang dikatakan menjual pakej tiket yang melampau. Kebingungan sekejap memikirkan perkara ini, adakah ianya dirancang atau kebetulan hanya Allah sahaja yang tahu.

Pengodam telah menceroboh masuk dan membuang semua fail yang terdapat dalam pelayan (server) theredwarriors.com. Sejak raya lalu lagi pengodam cuba menceroboh laman portal ini, namun disebabkan sekuriti yang tinggi web ini sukar diceroboh. Semalam pengodam berjaya mengodam portal ini setelah terdapat ruang terbuka yang tidak disengajakan telah memberi peluang pengodam berjaya memasuki ruang pelayan (server) dan membuang kesemua fail yang berkaitan. Lebih 10 jam, masa diambil untuk mengembalikan operasi web ini. Cabaran ini cukup memeritkan dikala web ini mendapat akses paling tinggi oleh peminat The Red Warriors. Terima kasih diatas kesabaran dan sokongan semua kepada portal rasmi KAFA ini.

Nuffnang Ads

KOSMO-Ada Peminat Kelantan Tidak Berpuas Hati (Pakej Tiket Separuh Akhir)

Terima kasih pada keperihatinan KOSMO kepada aduan-aduan peminat Kelantan, mungkin separuh akhir inilah kesempatan syarikat akhbar yang dilihat mula memperbanyakkan berita-berita TM Piala Malaysia yang pada kebiasaannya tersisih dicelah-celah kolum berita bolasepak luar negara, selain untuk meningkatkan kembali jualan akhbar yang dikatakan telah merosot sejak kebelakangan ini.

Terima kasih juga pada saudara Rosdi dan Ismail Ibrahim yang sanggup berkongsi dengan seluruh rakyat Malaysia berkaitan pakej yang ditawarkan oleh KAFA. Untuk pengetahuan semua pakej yang ditawarkan adalah pakej istimewa hanya pada peminat yang berminat sahaja dan mungkin tidak berbaloi pada mereka yang hanya ingin mendapatkan tiket sahaja kerana Pakej ini dikeluarkan sekali setahun sempena perlawanan separuh akhir dan akhir sekiranya Kelantan berjaya diperingkat ini sahaja. Tidak timbul isu "menangguk di air keruh" kerana peluang membeli "di air yang jernih" juga masih lagi ada untuk peminat yang tidak bersedia membeli pakej ini dan tiada paksaan dalam pembelian ini. Tiket yang dijual juga amat terhad. Tidak timbul tiket jualan secara "online" ini akan menghampakan peminat yang akan beratur esok kerana tiket masih boleh diperolehi seperti biasa esok.

KAFA memohon maaf diatas segala kekeliruan ini, jualan tiket secara "online" antara usaha yang dirancang bagi mengurangkan kes ulat dan menjadikan perlawanan separuh akhir istimewa dengan barangan diberikan dalam pakej ini.

InsyaAllah sekiranya ditakdirkan Kelantan melangkah ke final pada malam esok, TRWC akan membuka pra-tempahan bermula hari ahad lagi. Jualan ini akan menumpukan jualan tiket sahaja dan pakej-pakej yang akan ditawarkan. para peminat boleh memilih samada membeli tiket sahaja atau membeli mengikut pakej yang ditawarkan nanti.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular