KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 26 Oktober 2010

Tiket Sudah Habis?

Kaunter belum dibuka tetapi RedsFC-News mendapat perkhabaran mengatakan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang diperuntukkan kepada penyokong Kelantan di Kota Bharu, hampir habis dijual.

Menurut sumber terdekat, tiket tersebut kebanyakannya sudah ditempah oleh sesetengah pihak memungkinkan kaunter yang dibuka esok tidak dapat memuhi permintaan dari peminat bola sepak Kelantan.

Jika benar seperti dakwaan, pasti ramai penyokong Kelantan bakal kempunan untuk menyaksikan sendiri pasukan kesayangan mereka beraksi di pentas akhir buat kali kedua berturut-turut.

Selain itu, tiket perlawanan akhir juga meningkat mendadak dari tahun lepas setelah FAM menetapkan sekeping tiket dikenakan RM30.

Komen Peminat Setia Kelantan:

Haji Basri : Kecewa dengan tindakan KAFA dan FAM menaikkan harga tiket kerana tindakan ini seakan mengambil kesempatan dengan kegilaan penonton Kelantan terhadap sukan bola sepak. Mengapa mencari untung lebih dengan menaikkan tiket perlawanan sedangkan banyak lagi cara untuk mendapatkan lebih sumber kewangan.

Tok Wan Medan: Tiket doh la mahal, payoh pulok nok beli. Pahtu, bas pun main hargo. Tok pehe sungguh la. Bakpo nok wak nanyo ko penyokong Kelate. Tok cukuk lagi ko tiap-tiap tahun ambik duit nga dendo apo semo. KAFA pon nok ambik kesempate sapa ko jual tiket skali nga dero. Rm10 mahal weh. Bapo sen jah dero tu kalu beli di Mydin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular