KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 17 Oktober 2010

Akmal Rizal Cemerlang.




Akmal Rizal Rakhli membuktikan statusnya selaku penyerang terbaik negara ketika ini setelah membantu Kelantan layak ke separuh akhir Piala Malaysia.

Selepas melalui zaman kejatuhan akibat masalah kecederaan berpanjangan, Akmal kembali menjulang namanya bersama skuad Sang Kijang.

Walau pada awalnya persembahan pemain ini sering mendapat kritikan pedas dari penyokong fanatik, dia tetap tabah dan kesabarannya terbalas selepas kejayaan bersejarah di hadapan ribuan peminat setia Sang Kijang.

Siapa sangka pemain yang sudah melalui zaman kejatuhan mampu bangkit cemerlang membantu pasukan yang diwakili.

Merupakan antara penjaring terbanyak dalam Piala Malaysia ketika ini, bintang Akmal Rizal kembali bersinar selepas malap yang berpanjangan.

Menghasilkan satu gol bertaraf dunia selain mencipta dua lagi jaringan kepada rakan sepasukan, Akmal Rizal layak dinobatkan pemain terbaik perlawanan ketika menentang Selangor.

Gol jaringan Akmal disifatkan sangat menarik apabila menyempurnakan hantaran lintang Indra Putra dengan tandukan mengelirukan untuk menewaskan Hamsani Ahmad buat kali kedua pada minit ke-24.

Sebelum itu, Akmal Rizal juga menjadi punca kepada gol pertama Kelantan apabila gerakannya kepada Norfarhan disudahkan dengan ledakan deras pemain sayap tersebut ke penjuru kiri pintu gol pelawat.

Malam gemilang pemain berasal dari Jitra ini disudahkan dengan hantaran jauh kedepan pintu gol kepada Badri Radzi dan bekas ketua pasukan Sang Kijang tersebut tenang menyempurnakan peluang terhidang menewaskan penjaga gol pelawat untuk kali ketiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular