KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 17 Oktober 2010

Detik Cipta Sejarah

Berjayakah Kelantan mencipta sejarah membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Cik Siti Wan Kembang.



Selepas kempunan menjulang Piala Malaysia tahun lalu, skuad Kelantan berpeluang cerah untuk menebus kembali kehampaan tersebut kali ini.

Selepas gah membenam Gergasi Merah, laluan Kelantan untuk menjulang kejuaraan pertama dalam sejarah mereka terbuka luas.

Hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk mereka menjejakkan diri ke pentas akhir buat kali kedua.

Tiada alasan kali ini andai mereka gagal membawa pulang piala selepas memberi persembahan hebat sehingga menunjukkan jalan keluar kepada Selangor.

Inilah saat keemasan untuk pemain Red Warriors mencipta satu sejarah baru dalam lipatan bola sepak Kelantan sejak menyertai saingan Liga Malaysia.

Mereka yang berada didalam skuad Kelantan terutamanya pemain dan pihak pengurusan harus menggunakan peluang ini untuk membuktikan kejaguhan mereka disamping menguarkan kepada peminat bola sepak negara betapa mereka merupakan kuasa baru sukan nombor satu di Malaysia tersebut.

Tinggal 270 minit sahaja lagi yang harus dilalui untuk mendakap Piala Malaysia dan diharapkan harapan besar itu mampu direalisasikan anak didik B. Sathianathan.

Peminat menantikan sama ada sejarah bakal tercipta atau Kelantan akan terus kempunan menanti kejuaraan pertama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular