KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 6 Oktober 2010

KAFA Sokong Tindakan Polis


Pihak polis juga berjaya mengesan dan mengumpul bukti berkaitan di laman 'Facebook' suspek terbabit. Tindakan memaki hamun penjawat awam adalah satu kesalahan yang boleh dikategorikan sebagai menghasut dan menghina. Meneliti pada ayat-ayat yang dipaparkan oleh suspek terbabit, banyak ayatnya cuba menghasut dan memaki hamun polis. Satu laporan polis sudah dibuat dan pihak polis akan mencari suspek terbabit mengikut laman sosial dan melalui kenalan yang terdekat dengannya di laman sosial terbabit.

Oleh itu KAFA menyeru supaya semua penyokong berhati-hati dalam mengeluarkan tutur kata di laman sosial kerana ianya boleh dijadikan bahan bukti untuk menghukum suspek yang terbabit. Kesalahan yang dilakukan oleh penyokong yang ditangkap di Paroi ahad lepas amat berat dan sudah sepatutnya menerima hukuman yang berat kerana penyokong terbabit telah membaling mercun dan terkena salah seorang anggota polis yang bertugas. KAFA kerapkali mengingatkan semua penyokong supaya tidak membawa mercun dan menjaga tingkah laku selain menghormati hak orang lain untuk melihat bola dengan selamat dan tenang.

KAFA sentiasa menyokong usaha pihak polis memantau penyokong yang degil ini. KAFA menasihat kepada semua penyokong datanglah dengan tangan yang kosong dan hati yang fokus kepada pasukan The Red Warriors bukannya datang menunjuk hebat dan menghuru-harakan keadaan. Kalau tiada pilihan lain, pilih untuk tinggal dilokap.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular