KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 1 April 2012

Ulasan Perlawanan : Felda Kena Ratah.


The Red Warriors terus menerajui carta Liga Super 2012 apabila mudah meratah KL Felda United 5-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Beraksi dihadapan lebih 20 000 penyokong setia, Sang Kijang pantas menjelmakan jaringan pada minit ke-2 melalui Nwoha Onyekachi setelah hantaran pendek Norfarhan disudahkan dengan sungkitan deras ke dalam gawang pelawat.

Bagaimanapun, KL Felda berjaya menyamakan kedudukan tiga minit selepas itu hasil jaringan Azrul Ahmad setelah kesilapan awal Rizal Fahmi Rosid disudahkan dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Jaringan penyamaan merencatkan sedikit corak permainan Kelantan sehinggalah pada minit terakhir babak perrtama, Nwoha Onyekachi menyepak deras dari dalam kotak setelah menerima hantaran Zairul Fitree untuk gol kedua perlawanan.

Bersambung babak kedua, Kelantan melakukan sepak mula dan hampir menambah jaringan melalui Nwoha namun sepakan kencang pemain ini mudah dibaca Hamsani.

Tidak lama kemudian, giliran Zairul Fitree mengamcam kubu Felda apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti berjaya ditampan keluar Hamsani.

Usaha berterusan Sang Kijang akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-62 apabila Norfarhan Mohamad mudah menyambung masuk lantunan percubaan terkena tiang "half volley" Indra Putra Mahayuddin.

Tidak sampai seminit, giliran Indra Putra pula melakar jaringan selepas hantaran cantik S. Chanturu disudahkan dengan rembatan ke penjuru sebelah kiri pintu gol Felda.

Kelantan hampir menambah jaringan tidak lama kemudian namun dua percubaan yang diperoleh Mohd Badri Radzi dinafikan dengan aksi "super save" Hamsani Ahmad.

Bagaimanapun Badri akhirnya berhasil mencetak nama selaku penjaring setelah gerakan solo dari kawasan tengah disudahkan dengan rembatan kencang ke penjuru atas menewaskan Hamsani buat kali kelima pada minit ke-80.

Selepas jaringan tersebut, tuan rumah terus mengganas dengan beberapa percubaan menarik ke arah gawang Felda tetapi mujurlah Hamsani bijak menyelamatkan cubaan yang dilakukan Obinna dan Indra Putra pada minit-minit akhir perlawanan.

Tambahan masa tiga minit yang diberikan gagal digunakan kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan sebelum wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan, Shamsudin Ibrahim.

Kesebelasan Pemain :

Kelantan : Bojan Hodak
Shahrizan Ismail (Gk), Obinna Nwaneri, Shakir Shaari, Norfarhan Mohamad (Shahiran Zain), Nurul Azwan (Zamri Ramli), Indra Putra, Daudsu Jamaluddin, Badri Radzi (Kp), Rizal Fahmi Rosid, Nwoha Onyekachi (S. Chanturu) dan Zairul Fitree Ishak.

Felda United : E. Eleverasan
Hamsani Ahmad (Gk), Farid Ramli, Fakri Saarani, Nazri Ahmad, Azrul Ahmad, Yong Kuong Yong, Khairan Ezuan (Mohd Lot), Abdul Ghani, S. Sivanesan, Nizad Ayub (Juzaili Samion) dan Muhamad Nizam.

Statistik

Gol
Kelantan 5-1 Felda United

Percubaan (Tepat)
Kelantan 12 (9) - (2) 4 Felda United

Sepakan Sudut
Kelantan 9-3 Felda United

Offside
Kelantan 5-3 Felda United

Kad Kuning/Merah
Kelantan 2/0-2/0 Felda Unied

Posisi Bola
Kelantan 60-40 Felda United

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular