KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 9 April 2012

Prebiu Liga Presiden 2012 : SDM Pulau Pinang vs President Warriors.


Turun aksi di tempat lawan, Kelantan tiada pilihan selain mencatatkan kemenangan keatas SDM Pulau Pinang untuk mengukuhkan tempat mereka di empat terbaik saingan Liga Presiden Malaysia Kumpulan A.


Tewas perlawanan terakhir kepada SSTMI bukan satu berita mengembirakan kerana beberapa lawan yang ditinggal jauh dari kedudukan mata mula mengejar rapat untuk memintas.

Satu peluang kepada President Warriors sebenarnya untuk mendapatkan tiga mata penuh kerana lawan yang dihadapi dilihat tidak setaraf selain kekurangan pengalaman menyebabkan terperosok ke tempat terbawah.

Namun, Sang Kijang tidak boleh memandang mudah pertemuan ini setelah SDM FC beraksi cemerlang pada pertemuan terakhir mereka termasuk mudah membenam Melodi Jaya di tempat lawan.


Mereka pasti membawa moral kemenangan tersebut untuk memberi cabaran kepada skuad muda Kelantan seterusnya cuba memungut tiga lagi mata yang ditawarkan pada perlawanan ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, Sang Kijang mengatasi pasukan lawan 3-0 pada perlawanan pusingan pertama. Mengikut kedudukan semasa juga banyak memihak pada Kelantan selepas pasukan tuan rumah dilihat masih bergelut untuk mencapai keputusan terbaik pada setiap perlawanan yang disertai mereka.


Menurut pengurus pasukan President Warriors, Encik Yusri, tiga mata wajar dipungut para pemain jika mahu melayakkan diri secara merit ke pusingan kalah mati.

Selain itu, para pemain juga mesti menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk membenam pasukan lawan yang mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

Utamanya, pemain "midfield dan striker"  mesti berfungsi dengan baik dan tidak mengsia-siakan peluang yang terhidang, tegasnya.

Pada perlawanan petang esok, Kelantan dijangka dapat menggunakan kembali khidmat Faizol Nazlin selepas dia tidak beraksi dengan skuad senior manakala beberapa pemain utama masih bergelut dengan kecederaan memaksa harapan terpaksa diletakkan pada barisan sedia ada.

Muhamad Ramadhan yang beraksi gugup pada pertemuan dengan SSTMI dikekalkan selaku penjaga gol utama manakala Fakrul Ikram diletakkan di bangku simpanan selepas Judtanna masih cedera selain Syazwan pula beraksi dengan skuad senior.

Barisan pertahanan mempertaruhkan ketua pasuan, Faizol Nazlin di bahagian pertahanan tengah dimana dia kemungkinan akan membentuk gandingan dengan Zabeel Mohd Nor serta Tuan Mohamad Faem. Satu lagi tempat mungkin menjadi milik Bahaman Ghani.

Jentera tengah pula mempertaruhkan pemain berpengalaman, Mohamad Asif dengan Norshahrul Hawari. Sementara itu, Muhamad Azmi dan Firdaus Nasir melengkapkan formasi dengan kedudukan di bahagian sayap.

Jentera serangan, tiada pilihan selain gandingan Shahiran dan Aris selepas beberapa pemain simpanan lain seperti Akid, Azyu dan Manaf Mansor dilihat masih gagal membuktikan sentuhan mereka bila diberi peluang.

Kesebelasan Pemain Jangkaan.

President Warriors


Muhamad Ramadhan (Gk)
Bahaman Ghani  -- Faizol Nazlin (Kp) -- Tuan Mohd Faem -- Zabeel
Firdaus Nasir -- Mohamad Asif -- Norsyahrul Hawari -- Muhamad Azmi
Shahiran Zain -- Aris Zaidi

SDM Pulau Pinang




SUMBER:REDSFC NEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular