KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 25 April 2012

Piala AFC 2012 : Kelantan tewaskan Navibank Saigon.


Kelantan membawa pulang tiga mata penuh apabila menumpaskan Navibank Saigon FC 2-1 di Stadium Nhat Khong, petang tadi.



Terima kasih dengan dua jaringan lewat Indra Putra Mahayuddin dan Mohamad Ghaddar untuk memadamkan jaringan tuan rumah, Edison Fonseca pada akhir separuh masa pertama.

Beraksi di gelanggang sendiri, Navibank Saigon jelas menguasai perlawanan dengan beberapa asakan ke arah kubu The Red Warriors.

Bagaimanapun serangan mereka tersekat dek kecemerlangan Obinna Nwaneri yang banyak membantu Khairul Fahmi mengawal keadaan.

Namun, percubaan demi percubaan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila gerakan yang dilakukan oleh Nguyen Than Longh membuka ruang kepada Edison  meledak dari jarak dekat pada minit ke-33.

Selepas jaringan tersebut, Navibank Saigon mendapat satu dua lagi percubaan dikala pemain Kelantan banyak berkubu di kawasan sendiri menahan asakan.

Bersambung babak kedua, Kelantan melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan Ghaddar.

Kemasukan pemain ini bagaimanapun gagal membawa kepada jaringan apabila pertahanan tuan rumah banyak mengawal dia dari membolosi kawasan penalti.


Sehinggalah minit ke-79, gerakan Ghaddar menyebabkan pertahanan Navibank melakukan terjahan kasar memaksa pengadil memberikan sepakan percuma di luar kotak penalti.


Indra yang mengambil sepakan mudah melencongkan ke sebelah kiri pintu gol untuk menewaskan Phan Van Santos untuk gol penyamaan.

Jaringan pertama menyebabkan Bojan memasukkan Norshahrul Idlan bagi mencari jaringan kedua.

Penyerang prolifik ini tidak mengambil masa yang lama untuk memberi impak apabila hantaran cantik kepada Mohamad Ghaddar disudahkan dengan satu lambungan cantik ke dalam gawang untuk gol kedua pelawat.

Pada saat akhir, Ghaddar hampir menambah jaringan apabila serangan balas dari kawasan bawah memaksa Van Santos keluar dari posisi namun percubaan penyerang import dari Lebanon ini keluar sedikit sahaja dari pintu gol.

Dengan kemenangan yang diraih, Kelantan kekal di tangga teratas Kumpulan H dengan mengutip 10 mata selepas Ayeywady United tumpas 0-3 kepada Arema dalam satu lagi perlawanan di Myammar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular