KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 4 April 2012

Piala AFC 2012 : Prebiu - Kelantan mln Arema.


Kelantan akan turun menentang Arema FC dalam saingan Piala AFC 2012 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam ini.


Satu perlawanan yang bakal memberi sedikit tekanan kepada kedua-dua pasukan untuk mendapatkan kemenangan selepas gagal merealisasikan pada dua perlawanan terdahulu.

Buruan mata penuh wajib direalisasikan andai kata mahu melangkah jauh di pentas Asia kerana dua lawan yang menduduki tangga teratas kumpulan pasti berusaha menjarakkan diri pada pertemuan kedua-dua pasukan petang nanti.

Setakat ini, dilaporkan kesemua pemain Kelantan berada dalam keadaan terbaik untuk mendapatkan kemenangan namun mereka masih gagal menggunakan khidmat Norshahrul Idlan Talaha yang belum cergas sepenuhnya.

Sementara itu juga, Kelantan turut menyisihkan Aziz Ismail serta S. Subramaniam yang dilanda kecederaan manakala Nwoha Onyekachi dilaporkan kembali pulih dari kesakitan ringan.

Bagi Arema Indonesia pula, mereka hadir tanpa kelibat Gunawan Dwi Cahyo yang dilayangkan kad merah pada pertemuan terdahulu manakala selebihnya adalah pemain terkuat yang dimiliki mereka.

Apa yang pasti, pengendali Arema asal Serbia, Dejan Antonic memberi khabar bakal turun "all out" dalam misi mereka untuk mencatatkan kemenangan keatas tuan rumah.

Berdasarkan rekod perlawanan kedua-dua pasukan dalam saingan domestik masing-masing, Kelantan dilihat berada pada landasan kukuh untuk membenam lawan terutamanya dengan purata 2 jaringan yang dicatatkan mungkin menjadi khabar tidak enak kepada "Singo Edan".

Arema pula dilaporkan tidak bermula baik dalam persaingan Liga Prima Indonesia dan ketika ini berada dalam keadaan tertekan kerana masih gagal untuk mendapatkan keputusan terbaik.

Senarai Kesebelasan Jangkaan Kelantan


Pada pertemuan malam ini, dijangkakan penjaga gol berpengalaman, Mohd Shahrizan Ismail bakal menggalas tugas nombor satu setelah Khairul Fahmi masih dilanda kecederaan. Pemain muda, Syazwan Yusoff pula bakal menjadi penjaga gawang simpanan.

Jentera pertahanan, kudrat Obinna Nwaneri terus ditagih oleh Bojan untuk mengukuhkan jaringan pertahanan dengan Farisham Ismail manakala Daudsu dan Zairul Fitree pula diberi peranan untuk mengawal posisi pertahanan kiri dan kanan dari menerima serangan pihak lawan.

Ketua pasukan, Mohd Badri Radzi dijangka terus mengekalkan tempat selaku "playmaker" pasukan disamping rakan gandingan, Shakir Shaari. Indra Putra yang beraksi cemerlang pada saingan Liga mungkin diletakkan selaku pemain sayap kiri manakala penjaring gol terbanyak Kelantan dalam Piala FA, Norfarhan Mohamad diturunkan ke posisi sayap kanan.

Posisi serangan pula kemungkinan besar dua pemain import diberi peranan untuk mencari jaringan gol. Nwoha yang sudah kembali menemui sentuhan bakal menjadi penyerang utama manakala penyerang Lebanon, Mohamad Ghaddar akan membantu Nwoha melakar jaringan.

Senarai Kesebelasan Jangkaan Arema.


Ketua jurulatih Arema, Dejan optimis barisan pemain yang bakal diturunkan mampu untuk mengejutkan Kelantan. Beliau dijangka akan menggunakan formasi 4-3-3 bagi merealisasikan hasrat untuk mencatatkan kemenangan penting.

Dijangka pada pertemua hari ini, Dejan akan menurunkan penjaga gol import Dennis Romanovs selaku penjaga gawang utama.

Barisan pertahanan mereka pula diterajui oleh Irfan Raditya dan Hermawan di pertahanan tengah. Melengkapkan barisan pertahanan kiri dan kanan kemungkinan diberikan kepada pemain yang berpengalaman luas yang juga ketua pasukan, Legimin Raharjo serta Faris Bagus.

Jentera tengah pula, Arema bakal mempertaruhkan pemain import mereka untuk membantu posisi serangan mencari jaringan dimana Marco Krasic dan Roman Cmelo bakal mengemudi posisi "center" selain Anggo Julian pula diberi peranan lebih kepada "attacking".

Posisi penyerang, pemain import yang berpengalaman turun dalam aksi dengan Kelantan dari Persebaya, Andrew Barisic akan menjadi penyerang utama manakala Talaohu Abdul Musafri membantu Barisic serta seorang lagi, Putut Waringin mencari jaringan.

Sususan Pemain

Shahrizan Ismail (Gk)
Daudsu Jamaludin -- Obinna Nwaneri -- Farisham Ismail -- Zairul Fitree Ishak 
Norfarhan Mohamad -- Mohd Badri Radzi (Kp) -- Shakir Shaari -- Indra Putra Mahayuddin
Nwoha Onyekachi ---- Mohamad Ghaddar.

Melawan

Putut Waringin -- Andrew Barisic -- Talaohu Abdul Musafri.
Marco Krasic -- Roman Cmelo -- Anggo Julian, 
Legimin Raharjo (Kp) -- Irfan Raditya -- Hermawan --Faris Bagus, 
Dennis Romanovs (Gk)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular