KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 18 April 2012

Kelantan Bangkit Dari Ketinggalan.


The Red Warriors bangkit dari ketinggalan apabila membenam T-Team 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.


Beraksi di arena lawan, Sang Kijang jelas menguasai sepenuhnya babak pertama apabila menerima banyak peluang keemasan untuk melakar jaringan.

Satu-satunya percubaan terbaik Kelantan adalah melalui tandukan Norfarhan Mohamad yang berjaya ditepis keluar oleh Shamsuri pada minit ke-37.

Bersambung babak kedua, tuan rumah mula merubah tempo permainan apabila melancarkan serangan bertali arus kearah kubu Sang Kijang.

Usaha mereka berhasil pada minit ke-52 selepas Khairul Izwan yang tidak dikawal didalam kotak penalti mudah menanduk masuk sepakan percuma Rosdi Talib untuk gol pertama tuan rumah.

Selepas jaringan tersebut, T-Team berjaya menekan pemain Kelantan habis-habisan menyebabkan perlawanan berubah menjadi sedikit tegang memaksa pengadil melayangkan tiga kad kuning.

Tanpa disangka, The Red Warriors berjaya menyamakan kedudukan apabila half volley dari luar kotak penalti S. Chanturu tertampan kaki pertahanan T-Team sebelum bergolek masuk untuk menewaskan Shamsuri Mustapha pada minit ke-67.

Jaringan penyamaan kelantan mula merubah tempo dimana kedua-dua pasukan melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu masing-masing untuk mencari tambahan jaringan.

Bagaimanapun, Sang Kijang lebih bernasib baik apabila dianugerahkan sepakan penalti selepas gerakan Mohamad Ghaddar didalam kotak dihalang pertahanan tuan rumah menyebabkan pengadil tiada pilihan untuk melayangkan kad merah terus.

Ghaddar yang mengambil sepakan tenang menyempurnakan peluang yang terhidang untuk gol kedua Kelantan pada minit ke-88 seterusnya menceriakan hampir 3000 penyokong setia Merah Putih yang bertandang.

Dua jaringan nyata melunturkan semangat tuan rumah untuk mencari jaringan penyamaan dan selepas masa tambahan empat minit, perlawanan ditamatkan dengan Kelantan mencatatkan tiga mata penuh dari arena Sang  Penyu.

Kesebelasan Utama 

T-Team : Yunus Aliff
Shamsuri Mustapha (Gk), Norfazly Alias, Bojan Petric, Rosdi Talib, Shahril Faizal, Badrul Hisani, Zairo Anuar Zailani (Kp), Faiz Subri, Marco Lopez dan Khairul Izwan.

Kelantan : Bojan Hodak
Khairul Fahmi (Gk), S. Subramaniam, Obinna Nwaneri, Daudsu Jamaludin, Zairul Fitree (Zamri), Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, Nurul Azwan (Norshahrul), S. Chanturu (Indra Putra), Mohamad Ghaddar dan Norfarhan Mohamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular